#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 13 January 2014

Muhammad Ya Rasulullah


Alhamdulillah, sempena hari kelahiran junjungan kita nabi Muhammad S.A.W maka Tok Kenari ingin dedikasikan kisah kelahiran Rasulullah sebagai sebagai santapan rohani kita semua.


Apabila tiba saat Abdullah mahu dikahwinkan, Abdul Muttalib mengahwinkan Abdullah dengan Siti Aminah binti Wahab, yang juga daripada keturunan suku Abdul Manaf. Keturunan ayah dan ibu Muhammad adalah daripada Qusai bin Kilab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail. Daripada sudut keturunan pun, Muhammad bin Abdullah adalah orang yang paling mulia dan paling bangsawan.

Sunday 12 January 2014

Kalimah Allah : Siapa Yang Keliru, Celaru, Merapu dan Menipu?


Apabila timbul polemik mengenai penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian Roman Katolik, terdetik hati umat Islam untuk mengetahui mengapa pihak Kristian Roman Katolik begitu beria-ia benar mahu menggunakannya.

Bagi umat Islam, ia bukanlah soal penggunaan tetapi soal penyalahgunaan yang tujuannya adalah untuk mengelirukan dan seterusnya menjadi senjata untuk memesongkan akidah dan memurtadkan umat Islam sendiri.

Tuesday 7 January 2014

MB Kedah Jawab Isu Beli Mercedes Benz


ALOR SETAR - Kereta Mercedes Benz S320 bernombor pendaftaran KBV8 yang menjadi kenderaan rasmi Menteri Besar Kedah, kini menjadi bualan ramai, gara-gara dakwaan beberapa laman sosial dan blog pro pembangkang bahawa kereta itu bertukar ‘wajah’ namun menggunakan nombor plat sama.


Berdasarkan dakwaan itu, kerajaan negeri dikatakan membeli Mercedes Benz S300 sekitar penghujung tahun lalu, namun menggunakan plat lama, KBV8 pada kereta baharu berikutan nombor plat itu didaftarkan bawah kerajaan negeri sebagai kereta rasmi Menteri Besar Kedah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...