#PrayForMH370

#PrayForMH370

Tuesday 31 March 2015

Pengurusan Banjir Lemah Kerana Kerajaan Kelantan Tidak Bekerjasama - PAC

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Kegagalan kerajaan negeri Kelantan bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) merupakan antara punca pengurusan banjir di negeri itu lemah dan tidak teratur, menurut Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata dalam mesyuarat antara PAC dan majlis itu hari ini, MKN mengakui ada ?kelemahan dari segi perancangan pengurusan banjir berikutan timbul masalah kerjasama dengan kerajaan negeri itu.

Monday 30 March 2015

DAP Sedar Kepentingan Pas, Mahu Taja Calon Lawan Hadi?


KUALA LUMPUR - Pas Wilayah Persekutuan mendakwa DAP seolah-olah mempunyai rancangan menaja mana-mana pimpinan Pas untuk menjadi Presiden Pas.

Hal itu susulan kenyataan DAP baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan pemimpin nombor satu Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun mengekalkan 'persahabatan' dengan Pas.

Kerajaan #Kedah Komited Jaga Tanah Rizab Melayu


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah komited menjaga kepentingan Tanah Rizab Melayu (TRM) di negeri ini, kata Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Badrol Hisham Hashim. 

Beliau berkata, bagi mencapai objektif itu, kerajaan negeri melaksanakan dasar yang menyaratkan TRM yang diambil untuk tujuan pembangunan perlu digantikan lebih lima peratus daripada keluasan yang telah dibatalkan.

Sunday 22 March 2015

Mursyidul Am PAS 'Tanam Hidup-Hidup' DAP, PKR!


BANGI – DAP dan PKR hari ini ‘ditanam hidup-hidup’ apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegaskan bahawa parti itu meletakkan perjuangan menegakkan hukuman hudud sebagai ketetapan yang jauh lebih penting daripada kerjasama dalam pakatan pembangkang.

Friday 20 March 2015

Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Diluluskan


KOTA BHARU - Rang Undang Undang Enakmen pindaan Kanun Syariah II diluluskan setelah mendapat sokongan sebulat suara dari 44 Adun.

31 Adun Pas, 12 BN dan seorang PKR menyatakan sokongan setelah bacaan Rang Undang-Undang pindaan kali ketiga dibuat jam 12 tengah hari.

Rang undang undang ini kini dinamakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) pindaan 2015.

Thursday 19 March 2015

INFO : 10 Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 Negeri Kelantan


Meskipun tekanan demi tekanan yang dibuat rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat, terutamanya daripada DAP, ianya tidak menghalang Kerajaan Pas Kelantan daripada membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) yang merangkumi hudud, qisas dan takzir di Sidang Dun Negeri semalam.

Kesemua 12 ADUN BN Sokong #Hudud Kelantan


Kota Bharu - Kesemua 12 Adun BN Kelantan sebulat suara menyatakan sokongan penuh terhadap pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang dibentangkan semalam, bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.

Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang berkenaan, dalam nada sebak menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan negeri, malah bersedia membantu bagi memastikan pelaksanaan hukum itu dilaksanakan.

Tuesday 17 March 2015

Kajian Merdeka Centre Bukan Penghalang #Hudud


KUALA LUMPUR - Kaji selidik dari Merdeka Center mengenai maklum balas responden berhubung isu hudud tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk menghalang Pas Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, kajian tersebut hanya maklum balas logik daripada responden berdasarkan soalan yang diajukan.

Monday 2 March 2015

Pas Berpecah Kerana Pasma!


SHAH ALAM - Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marsuki meramalkan berlakunya perpecahan Pas selepas Muktamar Tahunan Pas 2015 yang dijangka berlangsung pada 1 Jun depan.

Menurutnya, keyakinan berkenaan disuarakannya selepas membuat penilaian dan kajian mendalam terhadap konflik dalaman yang tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh pemimpin Pas.

Sunday 1 March 2015

Wahabi Tidak Sesuai Di Malaysia


Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan aliran Wahabi tidak sesuai untuk diamalkan di negara ini yang mengamalkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, aliran Wahabi bukan mazhab tetapi satu bentuk gerakan pemikiran agama yang banyak dipegang oleh ulama-ulama di Arab Saudi mengikuti pendekatan yang diambil Muhammad bin Abd Wahhab.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...