#PrayForMH370

#PrayForMH370

Tuesday 29 April 2014

Pindaan Undang-Undang Cegah Wakil Rakyat Letak Jawatan Dikaji


Kerajaan akan mengkaji keperluan meminda undang-undang termasuk mengenakan hukuman berat terhadap wakil rakyat yang meletakkan jawatan tanpa alasan munasabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, persidangan Dewan Negara diberitahu.

Beliau berkata cadangan itu antara perkara diperincikan kerana hukuman sedia ada iaitu wakil rakyat yang berbuat demikian dilarang daripada bertanding dalam mana-mana pilihan raya selama lima tahun, tidak mampu mencegah perbuatan itu daripada berlaku.

Thursday 24 April 2014

Perlembagaan Lindungi Hak Undang-Undang Islam


Pelaksanaan undang-undang Islam, terutama undang-undang yang membabitkan keseluruhan lapisan masyarakat, Islam atau pun tidak, sentiasa menjadi perhatian masyarakat Malaysia. 

Ia menjadi bahan perbahasan baik dalam masyarakat Islam sendiri atau dalam kalangan bukan masyarakat Islam. Bahkan di peringkat dunia, isu pelaksanaan undang-undang Islam dalam ruang lingkup yang luas meliputi ruang awam juga menjadi tajuk penting di negara Islam seperti Pakistan dan negara yang mempunyai sejarah Islam yang kuat seperti Nigeria. 

Wednesday 23 April 2014

Tekanan PBB, Brunei Tangguh Hudud


Bandar Seri Begawan : Brunei menangguhkan pelaksanaan undang-undang Islam yang sepatutnya bermula semalam ketika negara itu menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Pembantu Pengarah Unit Undang-undang Islam Brunei, Jauyah Zaini berkata, tiada tarikh baru ditetapkan untuk memulakan pelaksanaan undang-undang syariah itu yang menyediakan peruntukan hukuman sebat, memotong tangan atau kaki serta rejaman hingga mati.

Namun, Jauyah berkata, undang-undang itu akan tetap dilaksanakan “dalam masa terdekat.” Katanya, pelaksanaan undang-undang itu terpaksa ditangguh atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tuesday 22 April 2014

LGBT Bantah Hudud. Anda Di Pihak Mana?

Gambar Hiasan

BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI. Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) memboikot sebuah hotel bagi membantah dasar anti-gay selepas pemiliknya, Sultan Brunei akan memulakan hukuman rejam bagi pengamal homoseksual.

Renungan: Apabila Jenazah Kafir Melalui Kita, Adakah Kita Berdiri?




Firman Allahu Subhanawataala :

وَلا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ

"Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya.

Monday 21 April 2014

Malaysia Model, Peneraju Sistem Kewangan Islam


Kota Bharu: Malaysia kini menjadi model, peneraju dan pelopor utama dalam agenda memartabatkan sistem kewangan berasaskan syariah di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata malah negara mendapat pengiktirafan terbaharu daripada Bank Dunia yang bercadang membuka cawangan pejabatnya di Malaysia dengan meletakkan satu objektif utama menimba pengalaman dan pengajaran dari Malaysia dalam membangunkan sistem kewangan Islam. 

Friday 18 April 2014

Tragedi Feri Di Korea: 25 Terkorban, 271 Masih Hilang



JINDO: Angka korban feri karam di perairan Korea Selatan meningkat kepada 25 orang pagi ini dengan ibu bapa yang kehilangan anak menyalahkan kapten dan syarikat feri selepas membuat pengumuman maaf berikutan tragedi itu.

Thursday 10 April 2014

Akhbar 1985 : Tragedi Di Baling Kejadian Jenayah


Kuala Lumpur, 20 Nov - Datuk Musa Hitam menegaskan peristiwa di Kampung Memali, Baling adalah satu kejadian jenayah dan kerajaan tidak melihatnya dari sudut politik.

Pemangku Perdana Menteri berkata, mereka yang sedang ditahan akan disiasat dan kemudian dituduh kerana perbuatan jenayah jika terdapat kes terhadap mereka.

Sunday 6 April 2014

Harapan Untuk Hidup Masih Ada #PrayForMH370


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan kebarangkalian bagi penumpang untuk terus hidup masih ada.

Menurutnya selagi pesawat MH370 tidak ditemui, masyarakat dunia harus terus berharap bahawa kemungkinan penumpang dan krew pesawat tersebut untuk hidup masih ada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...