#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 16 July 2015

PDRM Perlu Siasat Pengakuan Bekas Editor Sarawak Report


PUTRAJAYA 15 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa melakukan siasatan terperinci berhubung video pengakuan seorang individu dipercayai bekas editor portal Sarawak Report yang dikatakan terlibat secara langsung dalam memalsu, menerbit dan menyebarkan fakta tidak tepat terutama isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, berikutan kewujudan video pengakuan tersebut, seorang pengadu rakyat Malaysia telah membuat laporan polis di Petaling Jaya, Selangor dan kemudian menyerahkan video berkenaan dan salinan e-mel berkaitan untuk siasatan PDRM.

Monday 13 July 2015

Sokongan Bukan Islam Tidak Kekal Selamanya


BATU PAHAT 12 Julai - Pemimpin DAP diingatkan bahawa sokongan daripada masyarakat bukan Islam yang diterima mereka bukanlah bersifat selama-lamanya memandangkan parti itu pernah mengalami pasang surut dalam pilihan raya sejak penubuhannya.

Sehubungan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, hubungan antara ke­dua parti itu terputus disebabkan sifat pemimpin DAP yang sudah mengambil langkah memutuskan hubungan dengan kenyataan-ke­nyataan negatif sebelum ini.

Thursday 9 July 2015

Enam Akaun Bukan Milik Najib - Peguam Negara #1MDB #WSJ


PUTRAJAYA 8 Julai - peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan, perintah pembekuan enam akaun yang dikeluarkan kelmarin tidak melibatkan mana-mana akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau turut melahirkan kebimbangan dengan sindiran dan dakwaan yang telah dibuat oleh pihak tertentu apabila mengaitkan tugasnya sebagai Peguam Negara dengan agenda politik tertentu.

Monday 6 July 2015

Kumpulan Keempat Jenazah Mangsa Pemerdagangan Manusia Selamat Dikebumi #SaveRohingya


POKOK SENA, 6 Julai - Kumpulan keempat 24 jenazah mangsa pemerdagangan manusia dipercayai etnik Rohingya dari Myanmar yang ditemui di Bukit Wang Burma, Wang Kelian selamat dikebumikan di tanah perkuburan khairiah Kampung Tualang di sini awal pagi ini.

Pengebumian kesemua 24 jenazah lelaki dalam satu liang lahad itu, bermula pada 12.30 tengah malam dan selesai kira-kira 3 pagi tadi.

Thursday 2 July 2015

Mural Tunku Abdul Rahman Pula Diabadikan Di Alor Setar


ALOR SETAR - Setelah mural Tun Dr Mahathir Mohamad diterap pada dinding bangunan di Pekan Melayu di sini, kini mural Perdana Menteri pertama Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra pula diabadikan di pekan tersebut.

Ia dilakar oleh pelukis dari Medium Touch, Zulfadli Ahmad Nawawai, 29, yang menggunakan elemen hitam putih bagi membolehkan orang ramai memahami perjuangan Tunku yang bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan bagi negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...