#PrayForMH370

#PrayForMH370

Saturday 27 December 2014

Polis Nafi 10 Mati Lemas di Kuala Krai #bah2014 #Pray4PantaiTimur


KOTA BHARU - Polis Kelantan menafikan khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial kononnya 10 orang dipercayai mati lemas akibat terperangkap di dalam rumah di Guchil, Kuala Krai akibat banjir.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim turut menyifatkan sebagai berita palsu kononnya 40 pesakit di Hospital Kuala Krai mati akibat ketiadaan bantuan oksigen.

Friday 26 December 2014

Pas, DAP Akan 'Tenggelam' Jika Bincang Hal Hudud #bah2014


KUALA LUMPUR - "Kami tidak mahu bertengkar mengenai hukum hudud, nanti kedua-duanya (Pas dan DAP) tenggelam dalam banjir," kata Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Demikian menurutnya ketika pemberita cuba mengajukan soalan mengenai hukum hudud yang cuba dipolitikkan ketika Kelantan dilanda banjir besar ketika ini.

Tuesday 16 December 2014

Van Siam Masih Berleluasa, Mudah Cari Makan di Malaysia

Gambar hiasan

ALOR SETAR - Meskipun pelbagai penguatkuasaan dan saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas pemandu van Thailand namun kelibat mereka masih boleh dilihat bermaharajalela atas lebuh raya Malaysia.

Monday 15 December 2014

Tahniah! #Kedah Atasi #PulauPinang Raih Pelaburan @MukhrizMFC

 
ALOR SETAR - Kedah berjaya mengatasi Pulau Pinang dari segi kemasukan pelaburan sehingga Mei 2014 apabila merekodkan RM4 bilion iaitu melebihi RM 900 juta berbanding jirannya itu yang hanya menerima RM3.1 bilion.

Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, YB. Dato’ Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata, kebanyakannya membabitkan kemasukan baru dan pelaburan semula di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dan kawasan perindustrian di Sungai Petani.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...