#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 22 December 2016

Dilarang Ambil Makanan Yang Memudaratkan Kesihatan


Alor Setar - Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam memilih sebarang makanan dan minuman yang dijual di pasaran.

Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, sekiranya sesuatu bahan makanan itu mengandungi bahan yang boleh memudaratkan terhadap tubuh badan, akal dan jiwa, maka dilarang memakannya.

Friday 2 December 2016

Tunjukkan Saja 'Taring', Kami Tiada Masalah


Sohaimi Shahadan

KUALA LUMPUR - "Ahli Umno yang atas pagar atau tidak setia boleh tunjukkan taring, kami tak ada masalah," demikian tegas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.

Sunday 27 November 2016

MCA Tak Tentang #RUU355, Tapi...


Liow Tiong Lai

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menegaskan bahawa partinya tidak menentang rang undang-undang (RUU) 355 persendirian yang diusulkan Pas bagi memperkasa Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

Monday 21 November 2016

10 Individu Sertai Himpunan Dibebaskan



KUALA LUMPUR, 20 Nov - Lapan anggota jawatankuasa dan aktivis Bersih 5 serta dua aktivis kumpulan baju merah yang ditahan pada Jumaat lalu berhubung perhimpunan haram semalam, dibebaskan hari ini.

Thursday 25 August 2016

#1MDB Faktor BN Hilang Undi #PRU14


SHAH ALAM - Penganalisis politik melihat Umno - BN mungkin berdepan risiko kehilangan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) gara-gara skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih hangat diperkatakan.

Sunday 21 August 2016

Jemaah Haji Dinasihat Usah Percaya Khabar Angin


MAKKAH - ARAB SAUDI. Jemaah haji dinasihatkan agar menumpu kepada ibadah semasa berada di tanah suci dan tidak memempercayai khabar-khabar angin yang boleh menimbulkan suasana tidak tenteram dalam kalangan jemaah dan keluarga di tanah air.

Thursday 4 August 2016

Gelombang 4M Mampu Gugat BN #PRU14


SHAH ALAM – BN berhadapan ancaman besar sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak diadakan pada tahun hadapan.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, kelewatan PRU14 hanya akan memberi masa tambahan kepada gerakan yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengumpul kekuatan.

Wednesday 3 August 2016

Ketum Banyak Implikasi, Tidak Sesuai Dikomersialkan


Sungai Petani - Polis Kedah menyokong tindakan kerajaan negeri agar tidak membenarkan penanaman ketum dikomersialkan kerana mendatangkan banyak implikasi kepada orang awam.

Wednesday 13 July 2016

6 Pelan Strategik Atasi Masalah Air #Kedah


Alor Setar - Kerajaan negeri menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak untuk menangani bekalan air di Kedah, selain merangka lima lagi pelan strategik jangka pendek dan panjang susulan berlakunya masalah bekalan air musim perayaan baru-baru ini.

Monday 27 June 2016

Pemecatan Boleh Buat 3 Negeri Tergugat?


SHAH ALAM - Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta penggantungan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada Umno, bukan satu langkah bijak oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kubu kuat parti di Johor, Kedah dan Sabah.

Wednesday 22 June 2016

Cabar Tun Mahathir Jadi Pemimpin Pembangkang



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentang Barisan Nasional (BN) secara terbuka sebagai ahli politik pembangkang dan bukannya berselindung di sebalik gerakan bukan politik atau bukan kepartian.

Wednesday 15 June 2016

Mana Janji Bina Hospital Pendang? #MuafakatKedah



ALOR SETAR - Kerajaan Persekutuan digesa mengotakan janji semasa PRK Pendang pada 2002 untuk membina sebuah hospital baru di daerah itu sebelum berjanji untuk meningkatkan kemudahan di Hospital Kuala Kangsar.

Thursday 9 June 2016

#PRKSgBesar #PRKKualaKangsar Tentukan Survival Politik Pas & Pan



ALOR SETAR - Survival politik Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) akan ditentukan dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, pada PRU13 undi Cina adalah penyumbang terbesar kepada peroleh undi oleh calon Pas.

Wednesday 8 June 2016

#MBKedah @ahmadbashahBB Selesai Jalani Pembedahan


Georgetown - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selesai menjalani pembedahan kecil di bahagian usus dan kini berada dalam keadaan stabil.

Tuesday 31 May 2016

'Sepatutnya Cadang Nama Lain' #PRKKualaKangsar


SHAH ALAM - BN seharusnya mencadangkan nama lain dan bukannya Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon PRK Parlimen Kuala Kangsar.

Sunday 22 May 2016

Umno Kedah Bimbang Berhadapan #PRU14 @ahmadbashahBB #MuafakatKedah


ALOR SETAR - Umno Kedah berasa bimbang untuk menentukan kemenangan dan mengekalkan kuasa pada PRU14, akui pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Menurut Ahmad Bashah, ia bukan perkara mudah untuk dilaksanakan kerana memerlukan muafakat seluruh jentera dan parti komponen BN.

Thursday 19 May 2016

Lembaga Disiplin Umno Perlu Beri Penjelasan Sebenar @my_malaysia

Muhyiddin Yassin

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Umno yang digantung Tan Sri Muhyiddin Yassin, menggesa Lembaga Displin Umno supaya memberikan penjelasan mengenai kedudukan sebenar laporan terhadap dirinya seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Terdahulu, Tengku Adnan mendedahkan satu laporan Lembaga Disiplin Umno mengenai kedudukan Muhyiddin dalam parti telah disiapkan dan diserahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk dibuat keputusan.

Thursday 21 April 2016

Syiah Berselindung Di Sebalik Pra Sekolah


KUALA LUMPUR - Ajaran syiah di negara ini dilihat semakin berkembangan dalam bidang ekonomi serta dapat memberi ancaman kepada masyarakat, kata Timbalan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ulamak Kedah, Abdullah Din.

Tuesday 5 April 2016

Enam Feri Penumpang Langkawi Nyaris Terbakar

Enam feri penumpang nyaris terbakar

LANGKAWI - Enam buah feri penumpang yang di parkir di Jeti Pelancongan Pekan Rabu nyaris dijilat api, apabila salah sebuah daripadanya terbakar, pagi tadi. 

Friday 18 March 2016

Blok Pembangkang: Apa Tujuan Pas?


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid mempersoalkan tindakan Pas menubuhkan blok ketiga pembangkang bersama Ikatan.

Menurutnya, amat malang jika blok tersebut mendakwa mereka sebagai pembangkang tetapi tidak mewarnai pembangkang sebenar yang lebih diterima rakyat.

Wednesday 9 March 2016

Kalau Najib, Hadi Boleh Sepentas.. Kenapa Tidak Kami? #DeklarasiRakyat


SHAH ALAM - Bekas Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersoalkan 'cakap-cakap' sesetengah pemimpin Umno yang menghentamnya dek kerana beliau 'bersama' pemimpin pembangkang pada majlis Deklarasi Rakyat baru-baru ini.

Monday 7 March 2016

#DeklarasiRakyat: Perjuangan UMNO Lebih Utama

Annuar Musa

KUALA LUMPUR - Perkembangan politik mutakhir masa kini telah merangsang perpaduan lebih padu dan menyemarakkan iltizam dalam kalangan anggota UMNO untuk meletakkan perjuangan parti lebih utama daripada kerenah beberapa individu yang kecewa.

Thursday 3 March 2016

One-Off Tak Selesai Masalah Penoreh Getah


ALOR SETAR - Usaha kerajaan negeri meringankan beban penoreh getah dengan bantuan barangan keperluan asas dan wang tunai tidak mampu menyelesaikan keluhan mereka.

Monday 29 February 2016

Tan Sri Muhyiddin Tidak Akan Keluar Umno


SHAH ALAM - Meskipun diketepi dalam parti, Tan Sri Muhyiddin tidak akan sesekali mengundur diri dari Umno dan menyertai parti lain, jangka penganalisis politik, Dr Shamsinoor Abdul Azzis.

Tuesday 23 February 2016

Senarai Anggota Exco Negeri Kedah 2016



YAB Dato' Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah (Menteri Besar Kedah)
Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan & Syarikat Milik Kerajaan Negeri

Exco Kedah Janji Setia Kepada #MBKedah Baru


Alor Setar - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah bersemuka dengan setiap anggota Exco Kerajaan Negeri sebelum membuat keputusan untuk mengekalkan mereka yang pernah berkhidmat di bawah era pentadbiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Wednesday 17 February 2016

@NajibRazak Kekal PM Hingga PRU14?


SHAH ALAM – Penganalisis politik meramalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal memegang jawatan nombor satu itu paling tidak sehingga Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Wednesday 10 February 2016

Isu Debat: Perlu Cari Kebenaran, Bukan Cari Salah


IPOH - “Debat itu perlulah dapat cari kebenaran”. Itu reaksi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung debat antara Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Friday 5 February 2016

Kemelut Di Kedah Mencerminkan Budaya Politik Kita


SHAH ALAM – Veteran Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berpendapat bahawa kemelut politik di Kedah menggambarkan ketamakan ahli politik Umno terhadap jawatan nombor satu di negeri berkenaan.

Bekas Ketua Wanita Umno itu berkata, episod penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah yang berakhir semalam menunjukkan politik untuk kepentingan diri sendiri dan bukannya untuk rakyat.

Thursday 4 February 2016

Ahmad Bashah Angkat Sumpah #MBKedah Ke-12


ALOR SETAR: Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah angkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah ke-12 di Istana Anak Bukit, di sini, sebentar tadi.

Mukhriz Mahathir Letak Jawatan #MBKedah, Hilang Sokongan Majoriti Melalui Undian Sulit


Alor Setar - Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar (MB) Kedah berkuatkuasa serta-merta, semalam.

Katanya, keputusan itu dibuat setelah dimaklumkan kehilangan sokongan majoriti dalam Dun Kedah apabila undian sulit di hadapan Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah diperolehi daripada kesemua Adun BN dan pembangkang.

Wednesday 3 February 2016

Krisis Kedah: BN Berisiko Hilang Pengundi Muda


SHAH ALAM – Penganalisis politik menjangkakan Umno-BN bakal kehilangan sokongan pengundi muda dalam PRU14 di Kedah susulan krisis melibatkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang sedang berlaku.

Wednesday 27 January 2016

Isu MB: Mukhriz Terima Apa Juga Keputusan @MukhrizMFC

Mukhriz

JERLUN - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau menerima apa sahaja keputusan membabitkan dirinya‎ susulan pergolakan politik di negeri ini, serta tekanan untuk beliau berundur daripada jawatannya.

Tuesday 26 January 2016

Setiap MB Kedah Ada Kisahnya Yang Tersendiri


ALOR SETAR - Perang terbuka terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir oleh kepimpinan Umno Kedah apabila mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah itu, membuka lembaran sejarah membabitkan beberapa menteri besar terdahulu, yang turut terpalit dengan pelbagai isu dan kontroversi.

Bezanya, Mukhriz didesak melepaskan jawatan bukan disebabkan tidak mendapat sokongan rakyat dan akar umbi, sebaliknya hilang sokongan daripada 14 ketua bahagian Umno Kedah.

Monday 25 January 2016

DAP Hilang Undi Melayu Jika Konsisten Anti-Islam


SHAH ALAM - DAP bakal kehilangan undi pengundi Melayu pada PRU14 akan datang jika tidak mengikis imej anti-Islam yang ditonjolkannya kerana agresif menentang dasar-dasar Islam termasuk hudud yang dibawa oleh Pas.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, mustahil bagi DAP mengekalkan undi Melayu jika mereka berterusan menentang hudud yang menjadi sebahagian daripada ajaran Islam.

Tuesday 19 January 2016

Kerusi BN Mungkin Bertukar Antara Parti Komponen : Adenan Satem #PRN11Srwk


KUCHING: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Adenan Satem tidak menolak kemungkinan berlaku pertukaran kerusi di antara parti komponen BN pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11), tidak lama lagi.

Monday 18 January 2016

'Check Your Label' Membantu Pengguna @kpdnkk


KUALA LUMPUR 17 Jan. – Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi Check Your Label bagi menyemak status keaslian telefon bimbit yang dibeli.

Ketua Seksyen Harta Intelek Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Othman Nawang berkata, aplikasi yang dikendalikan di bawah SIRIM Berhad itu boleh dijadikan panduan bagi memastikan setiap gajet yang dibeli bukan barangan tiruan.

Thursday 14 January 2016

Kabinet Setuju Pinda RUU Cegah Pingat Kebesaran Palsu


SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Kabinet dalam mesyuaratnya hari ini bersetuju dengan cadangan untuk meminda Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Akta 414).

Beliau berkata, status penggubalan Rang Undang-Undang tersebut kini masih di peringkat dasar kerana ia memerlukan pengesahan daripada negeri-negeri mengenai penggunaan gelaran dan panggilan.

Monday 4 January 2016

Sg Batu 500BC, Tempat Sejarah Yang Patut Dilawati #DiscoverKedah2016 #KedahSerataRata


Sungai Batu, merupakan satu kawasan yang terletak di kawasan Merbok sebenarnya telah tersimpan satu sejarah tamadun berharga bagi Negeri Kedah yang patut dilawati sempena #DiscoverKedah2016. 

Di kawasan tersebut pada dahulu kala sebenarnya telah wujud sebuah tamadun yang tertua di Asia Tenggara yang dikenali tamadun Kedah Tua. 

Sunday 3 January 2016

Lebih 2,000 Guru Jauh Dari Pasangan Disatukan @PKamalanathan @KemPendidikan


SUNGAI PETANI - Lebih 2,000 guru yang sebelum ini terpaksa berpisah daripada pasangan masing-masing atas tuntutan tugas, disatukan semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata usaha itu yang memasuki fasa kedua, akan diteruskan pada tahun ini selepas fasa pertama yang mula dilaksanakan tahun lalu membuahkan hasil memberangsangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...