#PrayForMH370

#PrayForMH370

Friday 31 August 2012

Daripada Tuntutan Bersih Ke Empayar Republik?


Daripada perancangan himpunan Janji Demokrasi a.k.a Bersih 4.0 yang dijalankan semalam, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif terhadap konsep patriotik sayangkan negara berlaku di Dataran Merdeka.


Petikan daripada KLPos:
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Perhimpunan Janji Demokrasi yang sedang berlangsung malam ini turut mendapat perhatian beberapa peserta berikutan pengedaran risalah desakan agar bendera Jalur Gemilang ditukar kepada reka bentuk yang pernah direkabentuk khas dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum mencapai kemerdekaan satu ketika dahulu. baca selanjutnya di sini.
A. Samad Said pun tak pakai baju kuning.. frust ke?

Tok Kenari: Jarum-jarum halus pihak yang nak hancurkan negara mula menampakkan kesannya.. dan yang terpengaruh ni anak-anak Melayu kita jugak.. tak kan sambutan kemerdekaan ni kali terakhir guna Jalur Gemilang? Sanggup ke kita?

Thursday 30 August 2012

Santai: Salam Kemerdekaan Ke 55

Karikatur di atas bukan nak perli atau kutuk, tapi untuk kita fikirkan bersama.. sambutan kemerdekaan negara kita makin lama makin dah macam orang kita tak ambil kisah sangat.. yang pasti, bila 31 Ogos, semua plan nak bercuti berbanding nak semaikan semangat patriotik dan sayangkan negara sendiri..

Apa-apa pun, Tok Kenari nak ucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia ke-55... berbanggalah kerana kita ini rakyat Malaysia!

Friday 24 August 2012

Bekalan Air Terputus Di Baling

Sejahtera??

BALING - Lebih 2,000 keluarga di daerah Baling kini menghadapi gangguan bekalan air yang kritikal sejak dua bulan lalu.

Ketika menyambut Aidilfitri Ahad lalu mereka langsung ketiadaan bekalan air yang sebelum itu dibekalkan Syarikat Air Darul Aman (Sada) untuk kegunaan mandi dan memasak.

Keadaan tersebut dialami sejak beberapa hari sebelum kedatangan 1 Syawal lagi, apabila paip air yang masuk ke rumah mereka langsung tidak menitis.

Antara kampung terbabit dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang yang teruk terjejas ialah Kampung Parit Panjang, sekitar pekan Kupang, kawasan perumahaan sekitar Pekan Tawar dan Pekan Malau.

Dalam kawasan DUN Kuala Ketil pula, kampung yang terbabit ialah di taman perumahaan sekitar pekan Kuala Ketil.

Dalam kawasan DUN Bayu, lebih 10 kampung tiada bekalan air antaranya Kampung Tanjong Pari, Kampung Weng Luar dan Weng Dalam, Kampung Carok Putih, Kampung Becah Sawa, Kampung Lalang, Kampung Carok Bunting, Kampung Pokok Setol, Kampung Luar dan Kampung Siput.

Ada penduduk terpaksa menggunakan air kolam ternakan ikan untuk mandi di pagi raya, manakala di Kampung Carok Bunting, mukim Siong seorang penduduk menggali telaga untuk mendapatkan air sejak sebulan yang lalu.

"Walaupun tong air disediakan pihak Sada, ia tidak mencukupi untuk keperluan seluruh kampung," kata Basri Ahmad, 43.

Seorang lagi penduduk, Nasaruddin Md Zin, 38, dari Kampung Carok Bunting sedih dengan keadaan yang terjadi.

Beliau berkata di kampungnya hampir setiap hari bekalan air terganggu dan meminta pihak Sada segera mengatasi masalah mereka dan bukan hanya memberi nasihat supaya bersabar semata-mata.

Seorang peniaga kedai makanan di Pekan Kampung Lalang, di Mukim Siong, Musa Abdullah, 40, berkata beliau dan rakan peniaga yang lain mungkin tutup kedai jika keadaan tiada bekalan air itu berterusan.

"Saya berharap kerajaan negeri dan Sada berbuat sesuatu kerana apa yang kami alami sekarang sama seperti nasib pelarian di negara tertentu yang ketiadaan air untuk minum dan mandi.

"Slogan Negara Berkebajikan dan Kedah Sejahtera sudah tidak terpakai lagi daripada keadaan yang sedang kami hadapi sekarang," katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, Datuk Azmi Che Husain berkata beliau akan mendesak pihak berkenaan mengatasi masalah gangguan bekalan air yang kritikal itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang akan datang. - SinarHarian 

Tok Kenari: Masalah pengurusan air di Selangor dan Kelantan dah melarat sampai ke Kedah? Awat jadi lagu ni MB oi...? Ni keputusan dasar Pakatan ke?

Monday 20 August 2012

Mustapa: PAS Amal Politik Tidak Matang


Pemimpin dan anggota Pas dilihat mengamalkan politik tidak matang dalam isu pertemuan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Mereka sepatutnya mengamalkan politik secara terbuka, tidak bermakna jumpa dan bergambar bersama, nak 'sertai' terus. Kita perlu matang dalam berpolitik, bukan macam budak-budak," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Najib bersama anggota Kabinet di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.

Pada Khamis lepas, selepas pulang dari Mekah, Nasharudin berkata pertemuan antara Najib dan para ulama di Makkah baru-baru ini tidak sedikit pun menyentuh soal Umno atau Pas kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu iaitu mengenai ummah.

Lagi gambar bikin PAS panas!

Sehari sebelum itu, Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak hairan jika Nasharudin keluar daripada Pas setelah dilihat bersama Najib di Mekah pada Selasa lepas.

Mengulas isu pertikaman lidah antara Nasharudin dan Pengerusi DAP Karpal Singh mengenai isu hudud, Mustapa berkata perkara berkenaan melibatkan kedua-dua individu tersebut dan BN tidak akan masuk campur terhadap soal tersebut. - Sinar Harian


Tok Kenari: Woi PAS! Anwar dok minum teh tarik dengan Najib...! Cepat desak dia dikeluarkan dari Pakatan! -- amalan politik tak matang atau pra-matang?

Niat Hati Nak Bayar Zakat, Tapi...


Astaghfirullahal'azim... Terkejut Tok Kenari bila tengok gambar di atas. Niat di hati nak bayar zakat di kaunter yang disediakan.. alih-alih bila dapat resit, bayar kepada parti politik pulak! Bukan ke sepatutnya urusan zakat ni dikutip oleh amil yang dilantik oleh jabatan agama Islam negeri? bila masa pulak puak PAS ni diberi mandat untuk kutip zakat?

Lepas ni kena lebih berhati-hati bila nak bayar zakat.. macam-macam akai depa ni nak cari duit, sampai sanggup menipu orang ramai.. terutama sekali dalam kes ni, orang Islam kita jugak yang terkena! Dalam hal agama pun buat main mudah je..

Kalau betul la Pa'katun Riot dapat pegang Putrajaya, tak tahulah apa lagi akan jadi.. sekarang ni baru diberi kuasa sikit dan macam-macam hal jadi ..

Sumber: Kredit to Jawa Bernam

Tok Kenari: Bila PAS dah buat macam ni, DAP lagi la suka.. kafir DAP dah lama target nak guna duit zakat ni.. 

Saturday 18 August 2012

Cybertrooper Pro PAS Kedah Dibelasah Samseng Sendiri?

Sesiapa yang aktif dalam page politik dalam FB di Kedah mesti akan mengenali siapa jejaka di atas ni.. Saudara Asfanizam Abdullah memang dikenali sebagai individu yang suka menghentam kerajaan BN.. memang pejuang PAS yang tegar dalam media maya terutama di FB.. namun nak dijadikan cerita, kerana perjuangannya nak membetulkan PAS Kedah dari ajaran Syiah, maka beliau telah dibelasah oleh 12 orang samseng yang dikatakan diupah oleh pemimpin PAS Kedah sendiri yang kurang senang dengan tindakan beliau.


Cerita yang dipetik daripada hasil penulisan blogger McTheory:
Semalam seorang blogger pro Pas Asfanizam Abdullah yang begitu aktif dialam maya ini, telah dipukul oleh sekumpulan samseng yang dipercayai diupah oleh geng Syiah di dalam Parti Pas. Motif kejadian, mungkin disebabkan beliau selalu membongkar kegiatan jahat kumpulan syiah dalam Pas yang berpusat di Pendang, Kedah. 
Kritikan dan terjahan keras yang beliau lakukan selama ini terhadap Phahrolrazi dan Mat Sabu (geng-geng kuat Syiah Pas) menyebabkan mereka mengupah 12 orang samseng untuk memukul beliau semalam. Kejadian berlaku betul-betul dihadapan kedai kereta beliau di jalan Langgar.

Mc ada menghubungi beliau untuk mengesahkan kejadian ini. Beliau sendiri amat terkejut apabila dipukul oleh orang Pas sendiri. Selama beliau bergiat dalam alam maya, beliau telah berperang dengan troopers UMNO hampir 5 tahun, namun tak pernah pula beliau di pukul. Namun kali ini, beliau dipukul oleh orang Pas sendiri, apabila beliau hanya mengkritik kepimpinan Pas Kedah dan Pusat. 
Sesungguhnya Mat Sabu dan Phahrolrazi tak boleh disentuh dan dikritik, kalau anda sentuh dan kritik Phahrolrazi dan Mat Sabu, anda akan terima akibat dari perbuatan anda. Atas sebab demikianlah kami blogger dan troopers UMNO tidak mendedahkan diri dan identiti sebenar, kami takut nasib kami jadi seperti Asfanizam. Malam tadi Asfanizam telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Tok Kenari: Budaya samseng ni dah lama ada dalam Pakatan Rakyat.. takkan itu pun tak tau?

Friday 17 August 2012

Tok Guru Tegur Anak Murid, Anak Murid Tuduh Tok Guru Fitnah!



Setepek kena kat batang hidung sendiri! Pengakuan si ustazah meggi yang dia menuntut ilmu hanya dengan video Ustaz Azhar Idrus.. patut la dia rasa macam dah berilmu sangat! bila UAI tegur pasal ustazah meggi yang nak berhijrah sampai menghina artis lain yang tak sekepala dengan dia, secara spontan dia terasa dan boleh kata UAI memfitnah dia... hahaha!

Ada penyokong tegar pembangkang yang kata ustazah ni cuma melawak sahaja.. tapi menerusi video ni, bila secara spontan boleh meroyan ni dah kira betul la apa yang UAI kata tu.. 'fitnah' je la yang kuar dari mulut ustazah ni.. dah memang itu je yang dia belajar bila naik pentas politik ni.. harakahkah pun ada ulas pasal perkara ni..

Tok Kenari: Sape makan cili dia yang rasa pedas nye.. bila artis ramai masuk manakala ulamak ramai dipinggir dalam parti agama..

Monday 13 August 2012

Santai Lagi : Sekali DAP Bersin, Sekali PAS Berubah


Tergelak Tok Kenari bila tengok kartun yang disiarkan di Utusan hari ni.. hahaha.. realiti la ni kan?

Saturday 11 August 2012

Santai Pagi : Kesesatan Yang Nyata?


Tok Kenari: Sekeping gambar poster untuk direnung-renungkan bersama.. kredit kepada MyMassa

Friday 10 August 2012

Apabila Kerani 'Belasah' Guru


Dipetik daripada surat pembaca/ forum dalam Utusan Malaysia.
SEBAGAI penjawat awam, saya perasan yang akhir-akhir ini luahan 'Guru' banyak terpapar di dada-dada akhbar.
Pertama 'isu kerani lembap', kedua 'isu cuti khas perayaan' dan ketiga 'isu penempatan Guru Lepasan Ijazah J-qaf'. 
Saya merasakan golongan ini terlalu ingin diberi banyak keistimewaan walaupun banyak keistimewaan telah diberi oleh kerajaan kepada anda. Mungkin, seperti sebelum ini, apa jua permintaan dan perjuangan golongan pendidik ini mudah diterima kerajaan, mereka ibarat diberi betis, mahu paha pula. 
Untuk makluman 'Guru' berkaitan 'isu kerani lembap', saya menyarankan anda menyemak dan meneliti fail meja dan arahan-arahan kerja anda sebagai seorang yang bergelar 'Guru'.
Anda tidak boleh menyalahkan Pembantu Tadbir di atas lambakan kerja-kerja anda. Anda tidak perlu membebankan pihak lain sekiranya tidak dapat menyiapkan tugasan anda. Kadangkala mereka juga muak dengan kerenah guru-guru yang mengarah itu ini dan satu lagi ayat yang dilihat anda seolah-olah mempertikai, menghina dan tidak faham kerjaya sebagai Pembantu Tadbir bahawa anda menyatakan bahawa anda adalah majikan Pembantu Tadbir.
Harus diingat, walaupun anda 'Guru', anda bukanlah majikan Pembantu Tadbir. Hampir keseluruhan Pembantu Tadbir di segenap jabatan memiliki Diploma/ Ijazah/ Sarjana yang jauh lebih baik daripada anda dan tidak perlulah anda memandang rendah terhadap kerjaya mereka. 
Pengalaman saya yang mempunyai ibu dan bapa saudara serta rakan-rakan yang bergelar guru, saya lihat mereka kurang mahir menggunakan komputer dan mengurus masa, tambahan pula apabila sesuatu yang urgent mula menggelabah.
Anda harus tahu kerjaya sebagai Pembantu Tadbir yang banyak menolong orang/pegawai atasan boleh membuat kerja di bawah tekanan dan cepat menyiapkan kerja melainkan dia seorang kakitangan yang malas dan tidak proaktif.
Kadangkala pegawai pun tidak cekap membuat kerja berdasarkan pengalaman saya yang telah bekerja di pelbagai jabatan swasta dan kerajaan. Namun, tidak salah untuk Pembantu Tadbir membantu guru-guru tersebut, tetapi apabila terlalu banyak membantu, golongan guru menganggap itu adalah tugas Pembantu Tadbir dan mereka bebas melayari internet, bersembang kosong, aktiviti jualan langsung dan sempat pula membuat kerja sampingan lain di luar waktu bekerja.
Tidak wajarlah anda menikmati gaji besar sekiranya bebanan tugas anda digalas oleh pihak yang lain pula. Anda sebagai guru ketika ini harus mencontohi guru-guru terdahulu yang membawa balik kerja ke rumah tanpa melibatkan kakitangan yang lain walaupun mereka bergaji kecil pada masa itu.
Mengenai isu 'guru diberi cuti khas perayaan' bagi memudahkan perjalanan balik ke kampung dan mengelak guru-guru mengambil cuti sakit semata-mata ingin balik awal ke kampung, adalah cadangan tidak masuk akal.
Apakah keistimewaan anda sehingga anda perlu diberi cuti rehat khas? Inikah mentaliti seorang pendidik? Mungkin anda kurang sensitif mengenai penjawat awam yang lain, yang juga mahu pulang ke kampung.
Kami menguruskan masa dan merancang cuti lebih awal dan ada lagi penjawat awam lain tidak pulang berhari raya dan tidak mudah untuk mengambil cuti perayaan kerana ada sistem giliran.
Saya hairan, kenapa perlu diberi cuti khas kepada golongan guru dan tidak salah kalau tidak dapat balik sehari sebelum hari raya, balik pada hari yang anda ada kelapangan.
Tok Kenari: Tok perasan kerajaan bagi macam-macam insentif kat cikgu dan sekolah dalam menaikkan taraf pendidikan, sehinggakan penjawat awam dalam skim lain merasakan skim cikgu terlalu banyak keistimewaan dan umpama anak emas kepada kerajaan.. cikgu-cikgu pun ada yang mempertikaikan kerja skim-skim lain.. buat ape la gaduh-gaduh.. masing-masing ada peranan dalam bidang kerja dalam sektor awam.. masing-masing punya rezeki, jangan nak mendengki.. jangan lupa, majoriti dalam hampir 1.2juta penjawat awam ni orang Melayu kita jugak..

Tun M : Orang Melayu Boleh Disatukan


BALING - Hanya Umno sebuah parti terbaik dalam menyatukan orang Melayu di negara ini dan membawa pembangunan kepada rakyat, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, ini kerana, Umno yang mula berpolitik membantu rakyat di negara ini mencapai kemerdekaan dan seterusnya membawa pembangunan manakala parti lain untuk orang Melayu, hanyalah parti serpihan.

"Dulu waktu kita kuat, kita tak mengada-ngada buat benda yang tak baik. Kita bangunkan negara kita sampai dunia iktiraf Malaysia sebagai negara membangun yang cukup maju.

"Ini hasil pentadbiran dilakukan sebuah parti (Barisan Nasional) yang diketuai Umno yang mewakili orang Melayu. Orang Melayu tiada niat tak baik kat kaum lain. Kita tolong mereka dan kita tolong diri kita juga," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di Masjid Tok
Bandar di sini, semalam.

Turut hadir, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Penyelaras Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Dr Mahathir berkata, kerana itu, orang Melayu perlu bersatu di bawah Umno walaupun parti itu kini dikatakan tidak begitu kuat dalam menyatukan orang Melayu berikutan perpecahan dalam kalangan kaum berkenaan.

"(Kalau nak bersatu) Takkan badan besar masuk serpihan. Yang serpihan yang kena kembali kepada asal. Ada orang nak jadi Perdana Menteri sampai sanggup pecahkan Umno untuk dapat sokongan bagi diri dia. Dia fikir diri dia sahaja dan bukan negara serta rakyat," katanya.

Dr Mahathir berkata perjuangan Umno adalah perjuangan benar kerana itu ketika beliau memimpin Umno, beliau sanggup menerima pemimpin daripada parti serpihan yang mahu kembali kepada Umno. - SinarHarian

Tok Kenari: Bila dikatakan Melayu, secara tidak langsung menceritakan tentang agama Islam.. Tok setuju Islam boleh menyatukan orang Melayu menerusi platfom UMNO.. bukan macam parti lain tu...

Tuesday 7 August 2012

Dari 'Silver Medalist' Ke 'Winnable Candidate'?


SHAH ALAM - Datuk Lee Chong Wei 'winnable candidate' Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)?

Di sebalik spekulasi PRU13 akan dipanggil dalam waktu terdekat, sementara nama pemain nombor satu negara itu pula menjadi sebutan banyak pihak, beberapa peminat Chong Wei secara terbuka berkata akan mengundi beliau jika dipilih sebagai calon.

Bagaimanapun mereka tidak menyebut parti yang Chong Wei sepatutnya wakili.

"Jika Datuk Lee Chong Wei bertanding pilihan raya (PRU13), saya akan mengundi beliau," kata selebriti Adibah Noor, yang menghantar mesej Twitter kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Penyanyi dan pelakon ini berkata demikian beberapa jam selepas Chong Wei, yang mengutip pingat perak kedua Sukan Olimpik, kembali ke tanah air awal pagi tadi.

Walaupun Chong Wei gagal dalam misi memenuhi harapan pingat emas pertama bagi negara, beliau telah menarik perhatian dan sokongan jutaan rakyat Malaysia.

Adibah menambah, "(Chong Wei) seorang yang tidak banyak bercakap, (tetapi) menyatukan rakyat Malaysia tanpa berkata sepatah pun. Ya, saya akan mengundi dia."

Dia seterusnya menulis, "apa pun, saya tidak kisah apa respons anda kepada dua mesej saya sebelum ini."

Pandangan itu disokong pengikut Adibah bernama Azizul Idris.

Azizul berkata: "Saya juga! Rakyat Malaysia yang tulen."

Bagaimanapun seorang lagi pengikutnya yang bernama Amal Jamil seolah-olah tidak bersetuju dengan berkata: "Macam ini pun ada."

Seorang lagi pengikut Adibah, Zamzuriani Md Daud juga menyokong pendirian Adibah.

Kata Zamzuriani: "Datuk Lee Chong Wei seorang yang menangis untuk negara, sudah pasti saya akan mengundi dia." -SinarHarian




Tok Kenari: Kalau betul nak jadi calon, apa kata lawan dengan Manoharan? Ingat kalau bila dah buat salah, boleh mintak maaf macam tu je? Pasal sukan pun nak dipolitikkan.. aduyai..

Saturday 4 August 2012

Muslim Tidak Digalakkan Berpuasa!


BEIJING: China tidak menggalakkan sebahagian penduduk Islam Uighur di wilayah Xinjiang daripada berpuasa pada bulan Ramadan.

Pihak berkuasa berkata, langkah itu disebabkan kebimbangan mengenai kesihatan penduduk tetapi pihak lain menyifatkannya cubaan memesongkan kepercayaan penduduk Muslim.

Pemimpin kawasan Zonglang dilaporkan melarang pekerja awam dan pelajar Muslim menghayati Ramadan.

Peringatan tidak berpuasa

Di daerah Onsu, pelajar dan guru diberi peringatan supaya tidak berpuasa. Pakar ekonomi etnik Uighur di Beijing, Ilham Tohti, berkata peringatan itu bukan sesuatu yang baru di Xinjiang tetapi pihak berkuasa seolah-olah memperketatkan peraturan pada tahun ini.

Jurucakap pihak berkuasa wilayah, Hou Hanmin pula dipetik sebagai berkata oleh akhbar Global Times bahawa pihak berkuasa menggalakkan penduduk makan seperti biasa untuk belajar dan bekerja tetapi tidak memaksa sesiapa supaya tidak berpuasa.

Mengehadkan aktiviti

Ada notis yang disiarkan dalam banyak laman web kerajaan meminta pemimpin Parti Komunis mengehadkan aktiviti penduduk Muslim ketika Ramadan yang bermula 20 Julai lalu.

Kenyataan dari Zonglang, daerah di kawasan Kashgar, menyatakan ‘jawatankuasa daerah mengeluarkan dasar menyeluruh bagi mengekalkan kestabilan sosial ketika Ramadan.

“Adalah dilarang bagi anggota Parti Komunis, pegawai awam (termasuk yang sudah bersara) dan pelajar berpuasa.”

Sebailknya, kenyatan di laman web kerajaan Xinjiang menggesa pemimpin parti itu membawa makanan sebagai hadiah kepada pemimpin tempatan bagi memastikan mereka makan ketika Ramadan.

Sebuah kumpulan yang berada dalam buangan, Kongres Uighur Dunia,’ memberi amaran bahawa tindakan itu akan menyebabkan kumpulan Kongres Uighur Sedunia memberi amaran bahawa penduduk Islam akan meningkatkan penentangan terhadap China.

Ia disuarakan oleh jurucakap kumpulan itu, Dilshat Recit. Ada kira-kira sembilan juta penduduk Uighur di Xinjiang. - Berita Harian


Tok Kenari: Kalau Parti Komunis di China tak benarkan orang Islam berpuasa, agak-agak kalau pakatan yang menyokong Komunis macam Mat Sabu & sekutunya berkuasa, macam mana orang Islam di Malaysia.. sedangkan sekarang pun dah banyak kes serbuan pihak berkuasa agama Islam tangkap orang tak puasa.. fikir-fikirkan la...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...