#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday 25 February 2015

Dua Intipati Perbincangan PM @najibrazak Dan MB Kelantan


KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya semalam adalah bagi membincangkan dua intipati utama demi kesejahteraan rakyat Kelantan. 

Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata, dua intipati itu adalah berkaitan persiapan akhir migrasi air dan jajaran "Central Spine Road" sepanjang 417 kilometer dari Kota Baharu, Kelantan sehingga ke Simpang Pelangai, Pahang.

Petisyen Pengampunan Diraja Dikemukakan, DSAI Memang Bersalah Meliwat?


KUALA LUMPUR - Status Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan hanya ditentukan selepas petisyen pengampunan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar Amin berkata, beliau hanya boleh mengemukakan pemberitahuan selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebaik sahaja kehilangan kelayakan Ahli Parlimen Permatang Pauh mula berkuat kuasa mengikut perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Cuaca Panas Diramal Berakhir Penghujung Mac - MetMalaysia @malaysianmet



PUTRAJAYA: Cuaca panas dan kering yang kini dialami kebanyakan kawasan di dalam negara, merupakan fenomena fasa akhir musim tengkujuh dan diramal berlaku sehingga penghujung Mac, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail.

Tuesday 24 February 2015

Anwar Bakal Hilang Kelayakan Ahli Parlimen Esok #PermatangPauh


KUALA LUMPUR - Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim secara automatik akan hilang kelayakan sebagai anggota parlimen mulai esok, berikutan parti itu tetap dengan keputusan untuk tidak memohon pengampunan Diraja bagi pembebasannya.

Perkembangan terbaharu itu memberi isyarat jelas bahawa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh hampir pasti diadakan kerana kerusi yang disandang Anwar itu mungkin diisytiharkan "secara rasmi kosong" tidak lama lagi.

Saturday 21 February 2015

Dewan Ulama Pas Bidas Lim Kit Siang


Dewan Ulama Pas membidas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang membantah hasrat Pas melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, hukum hudud atau Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 merupakan asas perjuangan parti itu yang tidak boleh diganggu-gugat.

Friday 20 February 2015

Jangan Khianati Jemaah - Hadi Awang


KUALA TERENGGANU 19 Feb. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kepemimpinannya semakin digugat dari dalam parti secara terang-terangan, mengingatkan ahli-ahli Pas agar tidak berkhidmat bagi pihak lain atau mengkhianati jemaah.

Beliau yang berdepan dengan tekanan sekutu pakatan pembangkang ekoran pendirian yang tidak sehaluan menegaskan, ahli-ahli Pas tidak seharusnya melakukan perkara yang hanya merugikan masa depan parti.

Sunday 15 February 2015

PAS Masih Nekad Perjuangkan #Hudud


KUALA LUMPUR 14 Feb. – Pas bertekad menyambung perjuangan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Mursyidul Am Pas itu memperjuangkan kewujudan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang melaksanakan nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah SWT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...