#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 30 April 2012

Apabila Bersih 3.0 Menjadi 'BeerShit 3suku'

28 April 2012, satu peristiwa bersejarah telah berlaku di negara yang tercinta ini.. tapi bukan satu peristiwa yang boleh dibanggakan oleh anak cucu kita.. perhimpunan Bersih 3.0 yang dikatakan akan diadakan secara aman, di mana aktiviti yang dicadangkan adalah 'duduk & bantah'. tapi lain pulak yang terjadi. Selepas tarikh keramat tersebut, berita 'kemeriahan' perhimpunan tersebut pun mula tersebar di akhbar-akhbar tempatan.


Seperti semua sedia maklum, Mahkamah Majistret KL telah mengeluarkan arahan/perintah mahkamah supaya kawasan Dataran Merdeka dikosongkan kepada orang awam, termasuk peserta Bersih 3.0. Ambiga sendiri telah memberi jaminan bahawa peserta hanya berhimpun di sekitar dataran dan tidak akan merempuh sekatan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa. Tapi ternyata, Ambiga gagal mengawal 'kaldai-kaldainya' itu.  http://www.klpos.com/politik/4072-saya-mengaku-gagal-penyokong-bersih-30-ambiga


Tahniah diucapkan kepada pihak PDRM yang melaksanakan tugasannya dengan profesional. Bila kena maki dan provoke oleh kaldai-kaldai ini, relaks je. Katanya perhimpunan aman ini namanya Bersih, tapi yang jadi adalah para peserta mabuk alcohol dan mula meraban, tak puas hati sebab polis buat derk je dengan provokasi.. akhirnya perhimpunan ini dinamakan BeerShit je la.. abis bersepah najis korang tinggalkan di KL.




Pemuda Keadilan ni pun tetiba jadi pondan menyokong LGBT dan bacul bila kena tangkap polis.. kah kah kah!


Tok Kenari: Dari awal lagi tok dah dijangka, takde maknanya perhimpunan ini akan jadi aman.. kalau takde provokasi dan rusuhan, maka tujuan asal yang tersirat tidak akan berjaya.. kesannya adalah kepada imej negara kita sendiri.. lepas ni kalau berlaku kecelakaan ke atas keluarga depa, jangan report kat polis tau.. pi cari Unit Amal!!

Friday 27 April 2012

#bersih3 - Duduk Rumah Je

Mahkamah Majistret telah mengeluarkan arahan supaya kawasan Dataran Merdeka dikosongkan pada 28 April, dan tiada siapa dibenarkan masuk terutama sekali penyokong perhimpunan 'BeerShit 3.0 : Duduk, Cangkung & Cirit Kuning'. Tapi Tok Kenari pasti Ambiga & keldai-keldainya tetap akan teruskan himpunan tersebut, meskipun dia selaku pengamal undang-undang tahu akan arahan mahkamah tersebut.

Tok Kenari: daripada dok menyemak berhimpun & bersesak, baik kita bersama ahli keluarga pakat-pakat bersihkan kawasan rumah masing-masing.. ade la gak faedahnya, betul tak?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 24 April 2012

Enakmen Mufti & Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Pindaan 2012) : Lagi Bantahan?

Semenjak Sidang DUN Kedah pada 17 April 2012 meluluskan pindaan terhadap Enakmen Mufti & Faktwa (Kedah Darul Aman) 2008, pelbagai pihak telah menimbulkan reaksi bantahan terhadap pindaan tersebut. Pindaan yang telah dibuat memperuntukkan tiada pihak yang boleh mencabar, merayu, menyemak dan mempersoalkan sebarang fatwa yang diputuskan oleh mufti atau jawatankuasa fatwa, meskipun menerusi mahkamah sivil dan syariah.

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya tidak bersetuju dengan pindaan tersebut dan menyifatkan tindakan daripada pindaan enakmen tersebut menyalahi amalan ulama besar zaman dahulu dan bertentangan dengan ajaran Islam. Tambahan, DUN tidak mempunyai kuasa untuk menggugurkan bidang kuasa mahkamah seperti yang telah digariskan di bawah Perkara 121 Perlembagaan Malaysia.

Terbaru, kerabat diraja Kedah, Tunku Monsor Tunku Kassim telah membuat laporan polis berhubung pindaan enakmen ini kerana beliau berpendapat tindakan Kerajaan Negeri itu menghina, merendah dan mencabar kedaulatan dan kewibawaan kuasa sultan dan raja selaku Ketua Agama negeri.

Sumber : SinarHarian

Tok Kenari: Berat betul depa ni bila ada kuasa dalam DUN.. tu baru pegang DUN, belum Parlimen lagi... silap-silap kuasa Agong, Sultan dan Raja pun digadaikan.. kuss semangat! mintak dijauhkan...

Monday 23 April 2012

Santai : Ragam Si Penghutang



Habis semua benda hutang nak tuntut dimansuhkan.. jangan sampai pemegang hutang bank pun nak berdemo gak.. punoh la negara ni..


Tok Kenari: kalau dah berhutang tu, bayar je la.. jangan sampai masalah hutang ni nak dibawa hingga ke kubur.. tuntutan demo penghutang PTPTN ni bermotif macam nak minta halalkan hutang (tapi dalam keadaan paksa)..

Thursday 19 April 2012

Fahami Implikasi PTPTN Menerusi Ilustrasi





Baca dan fahami.. kalau nak dapat free, buat macam apa yg ditulis di bawah ni:


Tok Kenari: Tok rasa tak perlu nak mansuhkan pinjaman demi memberi peluang kepada generasi muda untuk sambung belajar di peringkat tinggi.. tapi Tok setuju dengan sesetengah pendapat yang mencadangkan untuk hapuskan terus caj pentadbiran yang berterusan.. memang ada ciri-ciri along..

Tuesday 17 April 2012

Pertabalan Agong Ke-14 : Apa Kata Lim Kit Siang



Apabila Yang Di-Pertuan Agong ke-14 dilantik, teringat akan komen Lim Kit Siang bahawa semua Raja-Raja Melayu adalah lanun dan perompak. Katanya, buat apa nak hormat Agong, buat abis wang ringgit cukai rakyat saja beri kepada Raja-Raja Melayu. Buat apa ada Raja, wujudkan jawatan Presiden dah cukup!
sumber : http://mymassa.blogspot.com/2012/04/komen-lim-kit-siang-terhadap-agong-kita.html


Anaknya pula berkata, kalau kita (PR) pegang kerajaan pusat, kita akan hapuskan sistem raja.
rujuk : http://mymassa.blogspot.com/2012/03/perkara-yang-paling-aku-benci.html


Tok Kenari: Raja-Raja Melayu adalah payung kepada orang Melayu & Islam.. kalau puak macam ni yang disokong oleh orang Melayu sendiri, maka tak pelik jikalau orang Melayu merempat di tanah Melayu di masa akan datang.. tak kan kita nak berdiam diri je?

Sunday 15 April 2012

Santai Pagi : Hutang PTPTN

Hasil karya Miki di Utusan Malaysia


Tok Kenari: Kalau PTPTN dihapuskan, macam mana anak-anak kita nak sambung belajar di peringkat lebih tinggi? Kalau berharap kerajaan tanggung pembiayaan pendidikan tinggi, takut anak-anak kita ambil kesempatan & tak serius utk belajar demi kemajuan bangsa & negara.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 14 April 2012

"Perjuangan Belum Selesai"




Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tiada ada yang lebih menyedihkan
Dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir, dipersenda dan dilupakan


Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat
Bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara
Air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita


Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan
Mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara


Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera 
Menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?


Di manakah silapnya?
Hingga bangsaku merasa begitu kecil dan rendah diri
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam
Dan sejarah gemilang membina empayar


Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
Kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
Tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa


Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya


- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)




Tok Kenari : Hayati setiap bait puisi yang pernah dideklamasikan oleh Mantan Perdana Menteri yang membawa erti yang amat bermakna dan mendalam, satu pesanan daripada seorang negarawan unggul kepada kita.. Puisi ini akan sentiasa relevan sepanjang zaman kerana Tun M sendiri pernah berkata "Melayu Mudah Lupa"



Wednesday 11 April 2012

Siapa Juara PTPTN?



Sekarang ini kecoh pasal pemansuhan PTPTN oleh pihak Pakatan Rakyat.. isu ini menjadi hangat di kalangan mahasiswa dan bekas mahasiswa yang memegang status sebagai 'pemegang hutang'.. sebelum ini, terdapat sekumpulan pemegang hutang ini berjuang untuk menghapuskan kos pentadbiran yang dikenakan oleh PTPTN kerana membebankan. Betul la tu, bukan semua yang graduate mampu mendapat kerjaya yang hebat-hebat hingga boleh menyelesaikan hutang sekaligus.. dapat mansuhkan kos pentadbiran pun dah kira bersyukur sangat.


Menjelang pilihanraya ini, barulah ada pihak cuba menjadi juara dengan kononnya prihatin dan mengambil kisah dengan masalah yang dihadapi oleh pemegang-pemegang hutang ini.. Tapi, boleh percaya ke dengan janji daripada Pakatan Rakyat ini? Dengan Buku Jingga yang entah apa-apa, tambahan pula Janji 100 hari PR di negeri-negeri yang ditadbirnya.


Usaha nak mansuhkan PTPTN ni bukannya boleh diselesaikan dalam satu hari saja.. YAB PM pun pastinya mengetahui dan mengambil maklum akan masalah ini.. banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum perkara ini benar-benar hendak dilaksanakan.


Tok Kenari: La ni, si Rafizi Ramli pulak nak jadi juara kononnya nak berbincang dengan PTPTN bagi menyelesaikan perkara ini.. Ragu-ragu Tok Kenari bila dia yang nak lead.. bukannya apa, sebab dia ni orang yang tak boleh pakai.. auta je lebih.. (rujuk berita: http://www.sinarharian.com.my/politik/pkr-umno-berlumba-kuasai-isu-ptptn-1.38500)

Sunday 8 April 2012

Kisah Jambatan Antara Pulau. Terima Kasih Kepada Yang Prihatin

Dengan rasa prihatin terhadap rakyat dan mengekalkan konsep negeri berkebajikan, kerajaan negeri Kedah (PAS) telah mengeluarkan belanja bagi membaiki jambatan yang menghubungkan Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting di Pulau Langkawi. Seronok tak terhingga rakyat Pulau Langkawi bila mendengar berita tersebut.
Ingatkan kisah di atas adalah benar, tapi PAS Kedah hanya bermimpi di siang hari. Rupa-rupanya Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi membaiki jambatan yang menghubungkan Pulau Tuba dengan Pulau Dayang Bunting.
Perkara ini telah disahkan oleh ADUN Kuah, YB Dato' Ir. Hj. Nawawi Ahmad. Dengan pembaikan dan penyelanggaraan jambatan tersebut, ianya akan memberi manfaat kepada penduduk di kedua-dua pulau tersebut dan secara tidak langsung merancakkan kembali sektor pelancongan di Langkawi.


Sumber : http://mkedah.blogspot.com/2012/04/dari-langkawi-pas-kedah-keluarkan.html


Tok Kenari : Ada pemandu-pemandu teksi Langkawi mengeluh sebab semenjak Kedah ditadbir oleh 'orang lain', sektor pelancongan di Langkawi menjadi agak perlahan dan merudum. Eh! kita kan ada exco pelancongan, apa dia dah buat??

Saturday 7 April 2012

Penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH). Apa Depa Kata?




Kerajaan mempertimbangkan penyenaraian FGVH di bursa saham adalah untuk pelaburan bagi meningkatkan taraf hidup peneroka felda menerusi pulangan jangka panjang yang berterusan.. tapi yang peliknya, ada jugak orang yang tak paham akan hasrat kerajaan ini dan mempolitikkan perkara ini.. mari kita baca apa yang depa kata tentang FGVH:-


1)  Penyenaraian FGVH akan menyebabkan para peneroka Felda kehilangan tanah dan rumah mereka akibat digadai di bursa saham. Felda akan mengalami defisit pendapatan apabila saham Felda diapungkan.


Putar belit sungguh! Tiada ladang sawit dan rumah peneroka dicagarkan dalam proses penyenaraian FGVH ke bursa saham walaupun sebutir tanah sekalipun. Sebaliknya, hanya tanah-tanah Felda seluas 360,000 hektar yang disewa dari kerajaan-kerajaan Negeri akan dipajak kepada FGVH selama 99 tahun. Pajakan tanah ini akan memberikan pulangan RM1.5 bilion keuntungan bersama antara Felda dan FGVH setahun, dua-duanya syarikat dikuasai kerajaan pimpinan orang Melayu-Islam, peneroka lain langsung tidak akan dipinggirkan.


Sebarang projek oleh FGVH hanya melibatkan tanah-tanah milik Felda sedangkan tanah-tanah peneroka seluas 10 ekar dan tanah tapak rumah 1/4 ekar sedia ada serta saham-saham dalam koperasi Felda tidak disentuh langsung. Bajet tahunan Felda sebanyak RM1.5 bilion setahun tetap akan diteruskan. Bahkan penyenaraian FGVH akan menjana pendapatan tahunan sebanyak RM500 juta kepada Felda hasil pengapungan sahamnya di bursa saham. Penyenaraian ini bakal menjadikan Felda sebagai syarikat multinasional terbesar dunia berasaskan agro-bisnes bersepadu dan dinamik menyaingi secara sihat dengan industri ladang global yang lain.


2) Jika Pakatan Rakyat memerintah, 360,000 ekar tanah milik Felda akan diagih-agihkan kepada generasi kedua dan ketiga anak-anak Felda.


Macamana nak pecah-pecahkan tanah-tanah milik Felda 360,000 ekar yang selama ini disewakan Felda dari kerajaan-kerajaan Negeri kepada lot-lot tanah kecil? Nak bagi pulak kepada orang-orang yang tiada pengalaman berladang sawit. Pakatan Rakyat boleh berbangga sajalah kononnya 85,000 pemohon telah isi borang nak dapatkan tanah-tanah tersebut. Kalau ikutkan, 85,000 pemohon tersebut hanya dapat 4.23 ekar sahaja seorang, tidak ekonomik langsung! Petani sawah padi lagi cerdik apabila menggabungkan tanah-tanah sawah mereka menjadi ladang sawah, senang dibantu oleh agensi-agensi kerajaan, hasilnya berlipat kali ganda. Cauvinist DAP benci melihat para peneroka Melayu Felda ni pandai dan bersatu-padu, sebab itu mereka menghasut sana-sini menggagalkan penyenaraian FGVH. Melayu haprak je yang rela diperkuda DAP mengkhianati bangsanya sendiri!


Selama ini kerajaan-kerajaan Negeri dapat sumber pendapatan hasil ladang tersebut melalui bayaran premium tahunan. Senang-senang jer Pakatan Rakyat nak bagi tanah ladang sawit tersebut kepada golongan yang tidak berkenaan tanpa penat-lelah menanam mengusahakan tanah tersebut. Esok-esok kalau dah dapat tanah tu gamaknya bolehlah mereka jual tanah kepada tokey-tokey DAP, habis sedikit demi sedikit tanah-tanah orang Melayu dan Kerajaan tergadai kerana kerakusan dan kebodohan pengikut tegar Pakatan Rakyat. Tanah ladang 10 ekar dan tanah rumah 1/4 ekar tersedia pun ada segelintir anak-anak peneroka malas nak jaga, tapi bab nak makan hasil bulanan masing-masing pakat nak berebut sampai bergaduh dan bertambah serabut bila anak-anak berebut wasiat harta pusaka bila mak bapak meninggal dunia. Tak mustahil perkara yang sama akan berlaku kepada tanah 4.23 ekar tu!


3) Peneroka Felda tidak akan menerima 'durian runtuh' dengan penyenaraian FGVH ini. Semuanya janji palsu Barisan Nasional menjelang pilihanraya.


Kita tunggu sajalah. Kerajaan sekarang akan mengotakan janjinya kepada para peneroka Felda. Bila dan masuk saham dan untung, pasti peneroka akan dapat dividen dan bonus tahunan. Tidak seperti Pakatan Rakyat yang sentiasa memberi janji bulan dan bintang (janji kosong) dan menghasut peneroka di sana-sini tanpa ada program pembangunan yang jelas kerana mereka tahu 112,635 peneroka mendiami 317 tanah rancangan Felda terdapat di 55 kawasan parlimen dan 92 DUN yang sekian lama menjadi kubu kuat Barisan Nasional dan UMNO. Harapkan janji palsu puaka berwarna jingga tu memang boleh buat negara bankrap, tak payah tunggu tahun 2019 seperti mana yang dimomokkan kepada para pentaksub Pakatan Rakyat. Dah semuanya nak subsidi dan free, mengelat pulak nak bayar hutang!


4) Tan Sri Isa Samad tak layak menjadi Pengerusi Felda kerana bukan anak peneroka dan bukan ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF).


Isu ini tiada kena mengena dengan penyenaraian FGVH! Beliau dipilih kerana kelayakan dan kebolehan beliau selama 22 tahun menerajui Negeri Sembilan, antara negeri yang mempunyai banyak kawasan tanah rancangan Felda. Pakatan Rakyat sakit hati sebab mereka kalah di DUN Bagan Pinang walaupun hebat mengeksploitasi isu peneroka di Felda Sendayan dan LB Johnson yang mana isu tersebut telah diselesaikan oleh kerajaan sebelum PRK Bagan Pinang dulu. Mazlan Aliman sibuk ke hulu ke hilir memfitnah dan buat kacau sebab dia dijanjikan menjadi calon oleh PRU13 oleh Pakatan Rakyat, tak pun dijanjikan jawatan CEO Felda kalau depa menang (nauzubillah!)


5) Pembangkang berjaya mendedahkan penyelewengan FELDA apabila 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan berjaya menyaman Felda RM12.5 juta.


354 peneroka tersebut memang menang dalam kes saman ini disebabkan oleh 'kemenangan teknikal' yang diberikan percuma oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu kerana peguam-peguam Felda tidak hadir semasa sesi penggulungan kes. Namun 354 peneroka hanya menerima RM19,000.00 seorang sedangkan para loyar Tetuan Wan Rohimi dan Asmadi menyonglap RM3,767,258.80 (RM3.7j) dari caj guaman.Tidak puas hati dengan pampasan tersebut, 304 peneroka terlibat telah menyaman semula para peguam tamak ini. Majlis Peguam Malaysia pula buat tak tahu je pasal penipuan ahli-ahli mereka ni. Para peneroka ini dah mengharamkan duit yang para peguam tersebut songlap! Sekarang ni, Exco-Exco PAS Kelantan dan Mazlan Aliman mana berani pergi ke Kemahang!


Kini para peguam yang sama cuba menghasut peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 di Kelantan serta Felda Moakil di Johor untuk menyaman Felda menggunakan isu kadar perahan minyak sawit. Nanti giliran peguam-peguam PKR; Sivarasah Rasiah dan Latheefah Khoya pula akan melahap duit saman RM200 juta dari 766 peneroka Felda Raja Alias, Negeri Sembilan jika menang kes. Padahal faktanya buat-buat sawit di situ busuk dan tanah tidak subur berbanding di ladang sawit lain.. 30% caj guaman tetap akan dikenakan, namun jika peneroka tarik balik kes, mereka bakal disaman RM5,000.00 seorang oleh peguam-peguam bangsat ini.. wow, banyak tu!!






Tok Kenari : Hai, pandai betul depa ni spin isu.. semoga sahabat-sahabat kita di Felda kaji dulu isu yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat, bukan main percaya bulat-bulat.. jangan sampai masa depan anak cucu peneroka menjadi mangsa..

Wednesday 4 April 2012

400 Orang Melayu Murtad, Mana Parti Islam?


Bila ada pendedahan sebegini oleh media,

Parti yang berteraskan agama Islam pulak kata macam ini.



Tok Kenari : Adusss!! Tok Guru mu buak gapo? Punoh la wei...

Tuesday 3 April 2012

Terima Kasih PM Kerana Tepati Janji



Saluran televisyen utama pada malam 2 April 2012 menjadi sejarah apabila memberi ruang dan laluan kepada PM negara kita, iaitu YAB Datuk Seri Najib Razak melaporkan secara telus kepada rakyat mengenai hala tuju dan kejayaan yang dicapai oleh negara menerusi janji yang telah diberikan sendiri oleh YAB PM, iaitu Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Hanya dalam tempoh 3 tahun Datuk Seri Najib Razak memegang jawatan sebagai PM, rakyat boleh lihat dan menilai bagaimana keadaan negara semasa tampuk pemerintahan Barisan Nasional.

Ini bukan janji kosong seperti yang diberikan oleh pihak pembangkang, tapi pencapaian program yang dijanjikan telah dilaporkan sendiri oleh PM. Inilah pemimpin yang kita mahu kekalkan demi kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat.

Tok Kenari : Sedih dengan apa yang berlaku di negeri jajahan PR.. dah 4 tahun memerintah dah macam-macam berlaku... curi pasir la, hak bumiputra dinafikan la, roboh gerai melayu la, sapu projek balak la.... macamana depa nak perintah negara plak?

Apabila Pemimpin Melayu Sokong Hak Muslim Untuk Murtad

Pemimpin yang merupakan Anugerah Tuhan ini pernah mengeluarkan kenyataan untuk menyokong hak seorang muslim di Malaysia untuk murtad dan menganut agama lain. Dalam kes permohonan Lina Joy, Anugerah Tuhan ini menegaskan bahawa memilih agama adalah hak Lina Joy sebagai seorang manusia.


Merujuk kepada video di atas, pada minit ke 0:50, Anugerah Tuhan ini menegaskan "It's Her Right!", yakni mengatakan bahawa adalah menjadi hak Lina Joy untuk murtad, berdasarkan hak kemanusiaan (human rights). Pada awal video ini pun, Anugerah Tuhan ini tanpa malu mengatakan mahkamah tidak boleh mengatakan yang Lina Joy tidak boleh murtad kerana ianya adalah 'hak kesedaran' Lina Joy.

Tok Kenari : Tok Kenari tak perlu menjadi penyokong UMNO untuk menolak Anugerah Tuhan ini dan parti yang bersekongkol dengan beliau. Kalau tiada UMNO sekali pun, Tok Kenari tetap akan menolak pemimpin ini. Tak guna mengaku diri sebagai pemimpin Melayu kalau diri sendiri sudah terpesong dan menjahanamkan bangsa sendiri.. hak kemanusiaan konon...

Monday 2 April 2012

Guna Letterhead Parti Untuk Urusan Kerajaan?

Dalam urusan rasmi melibatkan kerajaan, biasanya letterhead yang digunakan menggunakan jata negara atau negeri masing-masing.. tapi perkara pelik pulak berlaku di Perak bila ada YB dari pakatan rakyat yang menggunakan logo parti sebagai 'penyeri' letterhead selain jata negeri.. agaknya dia masih lupa bahawa 'kerajaan' mereka telah tumbang walaupun pernah bersidang di bawah pokok..


maklumat lanjut rujuk sumber : http://besorsebelah.blogspot.com/2012/04/letter-head-dap-dalam-urusan.html

tok kenari: mungkin dia tak nak membazir kot, dia dah cetak banyak letterhead sebab dah berangan nak pegang negeri untuk tempoh yang lama.. layan je la labuu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...