Apabila timbul polemik mengenai penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian Roman Katolik, terdetik hati umat Islam untuk mengetahui mengapa pihak Kristian Roman Katolik begitu beria-ia benar mahu menggunakannya.
Bagi umat Islam, ia bukanlah soal penggunaan tetapi soal penyalahgunaan yang tujuannya adalah untuk mengelirukan dan seterusnya menjadi senjata untuk memesongkan akidah dan memurtadkan umat Islam sendiri.
Memanglah Allah swt itu pencipta langit, bumi dan sekalian alam. Namun kepercayaan tersebut boleh terpesong apabila ada pihak yang keliru dengan 'akidahnya' sendiri cuba memaksa kecelaruan akidahnya kepada umat Islam yang lain.
Kajian dan pemerhatian di seluruh dunia menunjukkan timbul kepelbagaian aliran dan mazhab dalam ajaran Kristian itu sendiri akibat ketidakpastian dan kecelaruan mereka mentafsir makna Tuhan. Timbul pelbagai fikiran yang merapu-rapu dan tipu menipu demi mencari pengaruh.
Buktinya, kita lihat sendiri perbandingan dasar dan konsep ketuhanan pelbagai aliran dan mazhab Kristian itu sendiri. (Rujukan perbandingan di Mymassa)
Kesimpulan yang kami dapat buat bahawa golongan Kristian itu sendiri keliru dengan sifat ketuhanan dengan mencampur-adukkan kepercayaan mistik dan khayalan untuk menterjemahkan God atau Tuhan kepada Allah. Mereka sendiri bercelaru dan tidak ada kepastian cara beribadat sepertimana umat Islam.
Tidak bijak jika ada pihak yang tiada pengetahuan mendakwa bahawa Syiah dan Qadyiani-Ahmadiyah itu sebagai ajaran Islam. Sudah nyata aliran-aliran ini sesat dan terkeluar dari syariat Islam. Islam hanya mengiktiraf 4 mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), iaitu Hambali, Maliki, Hanafi dan Syafie. Manakala Wahabi, Salafi adalah aliran pemikiran dalam Islam dan masih lagi ASWJ. Sedangkan, terdapat lebih 200 aliran Kristian dalam pelbagai bentuk di pelbagai negara.
Perselisihan antara aliran-aliran dalam Kristian berlarutan sejak dahulu lagi hingga sekarang. Mereka bergaduh hingga membawa kepada peperangan di antara empayar Yunani, empayar British-Perancis hinggalah ke gerakan pemisah Irish menentang United Kingdom di Ireland Utara di antara penganut Katolik dan Protestan.
Di Malaysia juga tidak terkecuali apabila pengaruh aliran gereja Protestan semakin berkembang menyaingi gereja Roman Katolik. Sementara aliran-aliran Protestan lain seperti Methodist, Anglican, Preybyterian, Adventist, Charismatic dan sebagainya juga semakin berkembang hingga melemahkan pengaruh Katolik. Jadi, untuk menaikkan kembali pengaruh aliran Katolik, maka satu isu perlu dicipta dengan menjadikan umat Islam sebagai kambing hitam dan polemik kalimah Allah adalah caranya bagi menyatukan golongan Kristian yang berpecah ini.
Yang kami tahu, paderi Murphy Pakiam telah bersara di kala umurnya 75 tahun sebagai ketua Roman Katolik pada 14 Disember lalu. Tempatnya berkemungkinan akan diganti oleh Andrew Lawrence sebagai paderi yang senior. Berkemungkinan ada calon lain yang lebih senior, namun Andrew merasakan perlu dirinya menjadi lebih garang untuk mempromosikan dirinya sebagai Ketua Paderi yang baru.
Mungkin seronok menjadi Paderi Besar kerana pengaruhnya lebih dari paderi-paderi Kristian aliran lain, selain mendapat imbuhan wang yang besar dari Vatican. Dapat juga komisyen dari wang pengampunan dosa penganut-penganut Katolik yang bertaubat. Makin besar dosa seseorang penganut, maka makin besar wang tebusan yang perlu dibayar kepada si Paderi Besar.
Mungkin juga atas desakan dan pengaruh politik DAP, isu kalimah Allah sentiasa dihangatkan kononnya berlakunya diskriminasi kerajaan Malaysia (baca kerajaan Melayu-Islam-UMNO) terhadap kaum minoriti. DAP ingin memastikan kehangatan isu ini menjadi momentum kemarahan rakyat terhadap kerajaan terutama sekali menjelang Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak untuk mempengaruhi kaum majoriti bumiputera di sana agar menolak BN.
Seterusnya, polemik kalimah Allah ini juga akan menjadi kemarahan berganda rakyat terhadap kerajaan yang dilihat menganiaya rakyat dengan isu kenaikan harga barang. Justeru, pihak Kristian akan dilihat sebagai penyelamat / Messiah kepada kegawatan ini. Cubalah kita lihat poster-poster bersimbolkan lambaian tangan, burung merpati atau bunga Pakatan Rakyat, semuanya ada unsur Kristian bukan?
Kini mereka dalam masa yang sama telah melakukan proses pendaftaran dan pemindahan pengundi secara senyap-senyap ke kawasan-kawasan yang dimenangi BN (dan UMNO) untuk menjatuhkan kerajaan pada PRU14 nanti. Tak percaya, cuba periksa. Sebab itu mereka boleh menang besar di Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Perak dalam PRU 13 lalu. Kini tumpuan DAP dan PR terarah menjatuhkan BN di dalam PRN Sarawak pula.
Pesan kami sebagai umat Islam, marilah kita bersatu-padu dan elakkan persengketaan kerana ia akan melemahkan kita sendiri.
"Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu-padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah-belah. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti." (Surah Al-Hasyr : 14)
Sumber dipetik daripada MyMassa.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..