
Shah Alam – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pendirian calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd. Daud menolak hudud adalah lebih mengelirukan masyarakat berbanding pendirian calon Barisan Nasional (BN) yang bukan beragama Islam.
Ahmad yang juga pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat berkata, Dyana Sofea sebagai seorang Islam hendaklah menghormati dan menjaga batasan tuntutan Allah yang telah jelas dinyatakan dalam al-Quran seperti hukum hudud.