
KUALA LUMPUR 3 Jan. - Bencana banjir terburuk dan tanah runtuh yang berlaku ketika ini disahkan ada kaitan dengan kegiatan pembalakan dan kemusnahan hutan di beberapa tempat serta penerokaan tanah haram di Cameron Highlands.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, tindak balas semula jadi itu pasti akan berlaku akibat kerakusan "tangan-tangan manusia" sendiri kerana permukaan bumi kehilangan pelindung, daya pengikat dan cengkaman tanah, sekali gus mengakibatkan struktur tanah menjadi longgar dan cerun-cerun bukit tidak stabil.