#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday, 20 August 2012

Mustapa: PAS Amal Politik Tidak Matang


Pemimpin dan anggota Pas dilihat mengamalkan politik tidak matang dalam isu pertemuan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Mereka sepatutnya mengamalkan politik secara terbuka, tidak bermakna jumpa dan bergambar bersama, nak 'sertai' terus. Kita perlu matang dalam berpolitik, bukan macam budak-budak," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Najib bersama anggota Kabinet di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.

Pada Khamis lepas, selepas pulang dari Mekah, Nasharudin berkata pertemuan antara Najib dan para ulama di Makkah baru-baru ini tidak sedikit pun menyentuh soal Umno atau Pas kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu iaitu mengenai ummah.

Lagi gambar bikin PAS panas!

Sehari sebelum itu, Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak hairan jika Nasharudin keluar daripada Pas setelah dilihat bersama Najib di Mekah pada Selasa lepas.

Mengulas isu pertikaman lidah antara Nasharudin dan Pengerusi DAP Karpal Singh mengenai isu hudud, Mustapa berkata perkara berkenaan melibatkan kedua-dua individu tersebut dan BN tidak akan masuk campur terhadap soal tersebut. - Sinar Harian


Tok Kenari: Woi PAS! Anwar dok minum teh tarik dengan Najib...! Cepat desak dia dikeluarkan dari Pakatan! -- amalan politik tak matang atau pra-matang?

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...