
Alhamdulillah, sempena hari kelahiran junjungan kita nabi Muhammad S.A.W maka Tok Kenari ingin dedikasikan kisah kelahiran Rasulullah sebagai sebagai santapan rohani kita semua.
Apabila tiba saat Abdullah mahu dikahwinkan, Abdul Muttalib mengahwinkan Abdullah dengan Siti Aminah binti Wahab, yang juga daripada keturunan suku Abdul Manaf. Keturunan ayah dan ibu Muhammad adalah daripada Qusai bin Kilab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail. Daripada sudut keturunan pun, Muhammad bin Abdullah adalah orang yang paling mulia dan paling bangsawan.