#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 20 November 2014

Pembinaan Kampus Tetap #KUIN Satu Kesilapan PR


ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah menyifatkan pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil adalah kesilapan pelaburan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain, berkata rancangan membina kampus yang terlalu besar di Kuala Ketil meninggalkan kesan kewangan yang serius kepada kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM44,508,000 setahun selama 15 tahun sehingga 2024 bagi menjelaskan kos pembinaan kampus Kuala Ketil yang bernilai RM327,665,000 dan faedah pinjaman sebanyak RM206,428,950, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM534,093,950.


"Walaupun kampus Kuala Ketil siap dibina dengan kos RM327,665,000 tetapi ia tidak termasuk kemudahan asrama. Kerajaan negeri terpaksa menyempurnakan pembinaan asrama dalam kampus yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat tanpa mengikut prosedur dengan kos sebanyak RM12,876,072. Kos ini hanyalah untuk pembinaan lapan blok asrama sahaja tanpa kemudahan surau, kafeteria dan pejabat pentadbiran asrama.

"Kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kos emolumen yang tinggi iaitu 85 peratus daripada jumlah pendapatan KUIN kerana pengambilan staf yang tidak terkawal dan tidak mengikut kemampuan kewangan. Sehingga kini, jumlah staf KUIN adalah 539 orang," jelasnya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Peruntukan Tahun 2015 dan Ucapan Bajet Negeri Kedah 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.


Tajul Urus berkata, kerajaan negeri juga terpaksa menangani beberapa isu berkaitan kewangan setelah mengambil alih KUIN pada 2013 iaitu kedudukan kewangan KUIN yang tidak stabil dan mengalami kerugian RM3,589,681 pada 2013, hutang kepada pembekal, tunggakan bil utiliti dan sewa asrama sebanyak RM3,847,514, hutang Insaniah Holdings dan anak-anak syarikat RM10,661,225.43 selain saman yang perlu dibayar sebanyak RM1,561,571.

"Jumlah keseluruhan hutang yang perlu diselesaikan adalah sebanyak RM16,070,310. Bagi mengurangkan kemelut dan beban kewangan KUIN, kerajaan negeri Kedah pimpinan Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan tindakan-tindakan perlu dan berjaya menghasilkan penjimatan sebanyak RM5,050,947 daripada bayaran gaji staf bagi 2013 berbanding 2012," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak menafikan perbelanjaan untuk pendidikan adalah pelaburan bagi membangunkan generasi pada masa hadapan.

"Kerajaan BN sangat mengambil berat soal pendidikan. Ini terbukti kerana kitalah yang menubuhkan KUIN sejak 1995 daripada sebuah institut/kolej dan seterusnya dinaikkan kepada kolej universiti pada 2006," katanya.

- BERNAMA

5 comments:

  1. Sebab itulah sepatutnya Kerajaan Negeri jual kampus angan2 PASngok Kuala Ketil tu kepada pihak swasta atau setidak2nya pada UiTM sebagai IPTA dibawah kerajaan Pusat. Jadi win-win situation, Kerajaan Kedah dapat strukturkan kembali KUIN. Mengubah KUIN dari tempat asalnya di Alor Setar merupakan suatu yang menyedihkan dan kehilangan permata buat bandar Alor Setar.

    PAS memang puak org GILA. Mereka tiada perancangan, lemah dlm pentadbiran. yg kuat dlm mereka ialah bohong, tipu, hasut, fitnah..

    Semakin lama KUIN di Kuala Ketil semakan hilang kehebatan KUIN. Kerajaan BN awal-awal lagi sepatutnya kena buat tindakan drastik walaupun 'pahit' seketika dengan kembalikan sepenuhkan KUIN ke Alor Setar.

    Dari situ rancang semula KUIN dan bangkitkan kembali nama KUIN, supaya menarik enrolment pelajar serta mula menjalankan penyelidikan secara berskala sesuai demi memartabatkan KUIN sbg institusi hebat.

    Exco Tajol Urus sepatutnya menasihati MB Kedah untuk buat tindakan drastik ini bukan memindahkan semuanya ke ke Kuala Ketil.

    Sama2 tidak cerdik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcmana KUIN nak berkembang di kampus yg sedia ada sekarang? Sapa yg xcerdik? Mmg la perancangan sblm ni xbagus, sbb apa? Xdak sapa nak tolong. Masing2 penting politik berbanding kebajikan rakyat. Tapi nak taknak, KUIN nak ke hadapan, tindakan paling tepat adalah mempunyai kampus sendiri.

      Delete
    2. Bodo la hang, KUIN duk di Alor Setar tu elok dah. Kampus la pun kuin punya, dan krjn BN tkdk bodo mcm PAS, bab perancangan prasarana pendidikan tinggi mmg BN takpernah abai. Tp ikut keperluan lah. Kampus tetap KUIN dh dlm plan dh nk bina di Suka Menanti, yg PAS gatai pi buat cerok mana hutang besaq tu buat apa?

      Nak bg KUIN berkembg bkn dgn bina kampus separuh siap dn hutng yg besar, tp memntapkn kualiti pengajaran di KUIN. Sejak pindah Kuala Ketil, jumlah pelajar MENURUN.., so?

      Delete
  2. KUIN sejak dahulu adalah kebanggaan rakyat Kedah kerana kursus yg ditawarkan adalah fokus kpd keagamaan. Tp bila zaman Pas piang, pi buat kursus yg akan bersaing dgn IPT sedia ada tanpa buat study, maka mula la kos pentadbiran bertambah tp student takat brp kerat ja, income pun hampeh..jenuh la kerajaan skrg ni nak cover keputusan bodoh depa ni

    ReplyDelete
  3. PAS mmg bodo. Sbb tu buat apa pun tak jadi. Yg depa pandai ialah kutuk org. Cari salah org. Amik kerja malaikat dn Tuhan utk hukum org. PAS mmg laknat jadi apa pun projek mrka buat tak menjadi sbb hati perut kotor.

    Masa PAS perintah Kedah selain dr berjaya merobohkan Madrasah kunun milik UMNO (bg PAS rumah Allah pun kena ikut parti.. sesat) dan diserahkan kdp kafir untuk bina shopping complex, PAS juga berjaya hancurkan masa depan KUIN.

    Apa tak gila PAS, duk tak duduk 'memaksa' KUIN tawarkan course Medic? Gila punya pemikiran tanpa fikir Medic itu satu kursus yg perlukan akreditasi, running course yang tinggi dan yg paling penting ukur baju sendiri dlu.. tahap mana KUIN untuk tawarkan kursus berat begitu dengan keadaan KUIN yg caca marba ketika PAS menghanimahkan harta2 dlm KUIN.

    Tapi satu kelembapan Krjn BN Kedah, Mukriz tidak tegas dan lambat bertindak
    Sepatutnya KUIN Kuala Ketil cepat2 ditutup dan kampus cacat tersebut dijual pd agensi swasta atau pusat yg mampu bangunkan semula kampus itu.

    Skrg MB Mukriz mengikut telunjuk Tajol Urus, pindahkan semua pelajar KUIN ke Kuala Ketil. Sudah terlambat untuk bertindak. KUIN akan lalui zaman gelap di Kuala Ketil, dgn seribu tau masalah..

    Inilah bahana bila sekali bg pembangkang perintah. Benda yg sudah elok jd rosak.

    Semoga Krjn Kedah kembalikan KUIN ke perancangan asal, struktur semula kursus, audit semula sistem pembelajaran, kemasukan pelajar, withdraws kursus2 yang tak relevan, dn kembalikan KUIN ke Alor Setar.

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...