#PrayForMH370

#PrayForMH370

Tuesday 25 November 2014

Jangan Jadikan Internet Sebagai Medium Semarakkan Ketegangan Kaum @NajibRazak


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan bahawa internet tidak seharusnya dijadikan medium untuk memarakkan ketegangan kaum dan agama dalam negara pelbagai agama serta budaya seperti Malaysia.

Sambil menyuarakan kekecewaannya, beliau berkata, pada ketika tertentu, internet digunakan di sini (di Malaysia) untuk menyebarkan perkara separa benar, malah pembohongan sekalipun.

"Sebagai contoh, semasa pilihan raya umum lepas, begitu banyak dakwaan tanpa disokong bukti yang disebarkan dalam talian. Kononnya kerajaan merancang gangguan elektrik di pusat pengundian untuk menukar peti undi dan membawa masuk melalui penerbangan 40,000 pengundi dari seluruh negara untuk mengundi.

"Dakwa sebegini terbukti hanyalah pembohongan yang tidak berasas, malangnya dakwaan itu diterima bulat-bulat oleh banyak pihak, dan ini menjejaskan dengan teruk nama baik kami," katanya.

Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa UMNO, bertemakan: 'Dunia Kesalinghubungan Digital: Cabaran Dalam Pembinaan Negara', yang diadakan bersempena Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...