#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 22 June 2015

21 Jenazah Mangsa Pemerdagangan Manusia Selamat Dikebumikan #SaveRohingya


POKOK SENA 22 Jun - Jenazah 21 mangsa pemerdagangan manusia dipercayai dari etnik Royingya yang ditemui di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis, selamat dikebumikan sekitar pukul 10 pagi ini di Tanah Perkuburan Kampung Tualang di sini.

Kesemua jenazah berkenaan yang terdiri daripada 19 lelaki dan dua wanita merupakan kumpulan pertama daripada 106 mayat mangsa yang telah selesai dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Sementara itu, baki 85 jenazah lagi akan dikebumikan secara berperingkat-peringkat selepas proses bedah siasat di HSB selesai.

Proses menguruskan jenazah pelarian Rohingya ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Upacara pengebumian ini yang dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut dihadiri kira-kira lebih 200 penduduk dari kawasan sekitar.




No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...