JERLUN - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau menerima apa sahaja keputusan membabitkan dirinya susulan pergolakan politik di negeri ini, serta tekanan untuk beliau berundur daripada jawatannya.
ALOR SETAR - Perang terbuka terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir oleh kepimpinan Umno Kedah apabila mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah itu, membuka lembaran sejarah membabitkan beberapa menteri besar terdahulu, yang turut terpalit dengan pelbagai isu dan kontroversi.
Bezanya, Mukhriz didesak melepaskan jawatan bukan disebabkan tidak mendapat sokongan rakyat dan akar umbi, sebaliknya hilang sokongan daripada 14 ketua bahagian Umno Kedah.
SHAH ALAM - DAP bakal kehilangan undi pengundi Melayu pada PRU14 akan datang jika tidak mengikis imej anti-Islam yang ditonjolkannya kerana agresif menentang dasar-dasar Islam termasuk hudud yang dibawa oleh Pas.
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, mustahil bagi DAP mengekalkan undi Melayu jika mereka berterusan menentang hudud yang menjadi sebahagian daripada ajaran Islam.
KUCHING: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Adenan Satem tidak menolak kemungkinan berlaku pertukaran kerusi di antara parti komponen BN pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11), tidak lama lagi.
KUALA LUMPUR 17 Jan. – Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi Check Your Label bagi menyemak status keaslian telefon bimbit yang dibeli.
Ketua Seksyen Harta Intelek Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Othman Nawang berkata, aplikasi yang dikendalikan di bawah SIRIM Berhad itu boleh dijadikan panduan bagi memastikan setiap gajet yang dibeli bukan barangan tiruan.
SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Kabinet dalam mesyuaratnya hari ini bersetuju dengan cadangan untuk meminda Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Akta 414).
Beliau berkata, status penggubalan Rang Undang-Undang tersebut kini masih di peringkat dasar kerana ia memerlukan pengesahan daripada negeri-negeri mengenai penggunaan gelaran dan panggilan.
Sungai Batu, merupakan satu kawasan yang terletak di kawasan Merbok sebenarnya telah tersimpan satu sejarah tamadun berharga bagi Negeri Kedah yang patut dilawati sempena #DiscoverKedah2016.
Di kawasan tersebut pada dahulu kala sebenarnya telah wujud sebuah tamadun yang tertua di Asia Tenggara yang dikenali tamadun Kedah Tua.
SUNGAI PETANI - Lebih 2,000 guru yang sebelum ini terpaksa berpisah daripada pasangan masing-masing atas tuntutan tugas, disatukan semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata usaha itu yang memasuki fasa kedua, akan diteruskan pada tahun ini selepas fasa pertama yang mula dilaksanakan tahun lalu membuahkan hasil memberangsangkan.