#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 3 March 2016

One-Off Tak Selesai Masalah Penoreh Getah


ALOR SETAR - Usaha kerajaan negeri meringankan beban penoreh getah dengan bantuan barangan keperluan asas dan wang tunai tidak mampu menyelesaikan keluhan mereka.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, ia adalah penyelesaian masalah jangka pendek dan tidak lebih hanya gula-gula politik.“Walaupun kita lihat Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) dan Ahli Parlimen Baling (Datuk Abd Azeez Ab Rahim) turun bagi sumbangan kepada penoreh, tapi adakah itu cara menyelesaikan masalah.


“Pemberian ‘one-off’ itu tidak selesaikan masalah, rakyat susah. Nak bagi peruntukan RM2 atau RM3 juta misalnya, penoreh dan rakyat di kawasan lain pula bagaimana. Ini bukan cara untuk selesaikan masalah,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, penoreh seharusnya mengambil perhatian dalam masalah itu dan tidak boleh lepas tangan.

“Sebagai contoh kita tuntut harga lantai RM3.50. Walaupun harganya dipengaruhi harga minyak, maka getah tiruan akan wujud lebih banyak. Pada masa itu harga getah asli akan turun.

“Apabila berlaku macam ini, maknanya kerajaan perlu bagi subsidi atau bantuan kepada petani dengan menetapkan harga lantai RM3.50. Cuba bayangkan penoreh getah menerima kenikmatan itu melalui agenda kita sebagai kerajaan. Kalau kita jadi kerajaan, kita buat begitu Insya-ALLAH,” katanya.

Ismail berkata, penoreh getah merupakan penyumbang besar kepada hasil negara.

“Produk sarung tangan misalnya menggunakan getah. Jangan kita lupa bahawa kita (Malaysia) merupakan pengeluar kondom terbesar di dunia.

“Kalau setakat bagi ‘one-off’ ini cerita apa, hanya cerita politik dan kita tidak mahu benda macam ini,” katanya.

Beliau berkata, negara jiran seperti Thailand juga mengalami penurunan harga getah dari RM3.50 kepada RM3.

“Dalam situasi ini, Kerajaan Thailand menawarkan untuk membeli semua getah dari petani untuk menampung harga yang ditetapkan (RM3.50),” katanya.

Berikutan itu, satu perhimpunan aman derita penoreh getah akan diadakan pada 11 Mac di tapak pasar malam Pekan Sik bagi menyatakan tuntutan mereka.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengakui akan merangka satu pelan bantuan khusus kepada penoreh getah dalam usaha meringankan beban golongan itu ekoran kejatuhan harga getah yang merudum sehingga RM1.65 sen perkilogram.

Ahmad Bashah berkata, selain bantuan barangan keperluan asas dan wang tunai kepada penoreh getah, pihaknya akan mengkaji bentuk bantuan lain yang diperlukan. -SinarOnline

1 comment:

  1. Sabarlah para para penoreh getah, tungguhlah kerajaan tak akan lepas tangan akan ada inisiatif dari kerajaan utk menolong org kampong khasnya para2 penoreh.

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...