#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday, 9 June 2016

#PRKSgBesar #PRKKualaKangsar Tentukan Survival Politik Pas & Pan



ALOR SETAR - Survival politik Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) akan ditentukan dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, pada PRU13 undi Cina adalah penyumbang terbesar kepada peroleh undi oleh calon Pas.

Namun kali ini dengan tampilnya seteru Pas iaitu Amanah yang diandaikan sebagai ‘anak emas’ DAP, cabaran mendapatkan undi Cina adalah getir kerana perlu memilih sama ada mahu undi mereka kekal pada Pas atau beralih kepada Amanah mahupun BN.

“PRK Kuala Kangsar yang menyaksikan pertandingan empat penjuru adalah satu pertandingan yang disifatkan sebagai pertandingan tawar menawar dalam kalangan calon yang ada latar belakang profesional dan pendidikan tinggi.

“BN yang menjadi kerajaan di peringkat pusat dan negeri dilihat lebih mudah berhadapan dengan Pas, Amanah dan calon bebas,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, faktor kedua-dua Dun iaitu Bukit Chandan dan Manong yang dikuasai BN di Parlimen Kuala Kangsar memperteguhkan lagi peluangnya menawarkan perkhidmatan berterusan di situ.


“Ada tiga elemen utama yang pengundi perlu beri perhatian iaitu BN adalah kerajaan di negeri dan pusat, keduanya adalah faktor BN yang menang di dua Dun serta juga kedudukan potensi pembangunan yang mampu ditawarkan kepada penduduk adalah kelebihan kepada BN.

“Jika penduduk memilih selain BN pada PRK ini, maka kesinambungan kepimpinan kawasan akan mengganggu proses perancangan pembangunan kawasan itu sendiri,” katanya.

Md Shukri berkata, berbanding PRK Sungai Besar apabila kedudukan seimbang antara BN dan Harapan sama ada Pas mahupun Amanah untuk menang ada potensinya.

“BN tidak harus selesa di Sungai Besar dan hanya bergantung pada kemenangan calon BN, Budiman Mohd Zohdi di Dun Sungai Panjang. Memang Budiman personaliti yang disukai ramai, namun BN harus bekerja kuat memastikan wakil rakyat muda ini menang di PRK ini supaya suara anak Selangor dapat kekal pada BN di Parlimen.

“Kawasan Dun Sekinchan yang ramai pengundi Cina adalah ibarat bom jangka politik. Mereka dilihat boleh membuat keputusan mendadak sama ada mahu BN, Pas atau Amanah. Adalah satu kesilapan besar kepada Pas yang meletakkan calon di PKR Sungai Besar kerana ia kelihatan mengeruhkan lagi hubungannya dengan kerajaan Selangor,” katanya.

Jelasnya, PRK Sungai Besar memperlihatkan seolah-olah pertarungan politik antara Kerajaan Pusat dan negeri serta juga antara Pas dan Pakatan Harapan.

“Ia membawa dimensi baru politik Selangor yang memperlihatkan kecelaruan perhubungan antara parti kerajaan negeri yang bertembung sesama sendiri.

“BN ada harapan mengekalkan kerusi jika pengundi Melayu memfokuskan sokongan pada Umno dan mengutamakan pembangunan kawasan lebih dari polemik dan isu politik,” katanya.

Beliau turut mengibaratkan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar satu pertandingan ‘Melayu lawan Melayu’ apabila kaum lain akan menjadi penonton dan mungkin juga menjadi penentu kepada calon dan parti bertanding.

“Apa yang pasti, survival Pas dan Amanah akan ditentukan dalam PRK ini,” katanya. -SinarHarian

2 comments:

  1. Biarlah BN terus memerintah negara.

    ReplyDelete
  2. BN akan fokas memaju pembangunan di sg besar dan kuala kansar. Rakyat di 2 kawasan ini jangan terpengaruh dgn pembangkang yg pandai becakap tapi tak serupa bikin.

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...