Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah telah membuat sidang media dan laporan polis di IPD Kota Setar yang turut dihadiri empat orang waris tanah wakaf tersebut, pengerusi Pekida Kota Setar dan AJK madrasah tersebut.
Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah, Mansor Ahmad, memaklumkan telah membuat tiga laporan polis berikutan kenyataan Menteri Besar Kedah yang berkeras hendak merobohkan Madrasah Salihiah walaupun masih ada injunksi di mahkamah. Waris-waris yang terlibat akan mempertahankan madrasah tersebut dan menuntut agar surau baru tidak diwujudkan dalam bangunan Aman Sentral yang turut menempatkan pusat hiburan, dan tidak mustahil juga tempat menjual arak dan daging babi. Sebaiknya, surau baru perlu dibina berasingan atau terpisah dengan bangunan Aman Sentral yang akan dibina.
Sinar Harian baru-baru ini telah melaporkan keputusan Menteri Besar Kedah untuk merobohkan madrasah ini serta tindakan pihak yang mempertahankan madrasah ini seperti berikut:
ALOR SETAR - Madrasah Salihiah, Kanchut di sini, yang dipertahankan waris-waris pemilik asal tapak madrasah itu, akan dirobohkan dalam masa terdekat bagi memberi laluan pembinaan kompleks perniagaan Aman Central bernilai RM500 juta.sumber : Sinar Harian 9 Mei
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak perobohan madrasah itu akan terus dilakukan kerana warisnya hanya memfailkan injunksi yang mempertikai penjualan tanah wakaf tersebut.
"Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah wakaf telah menerima pampasan lebih RM1.4 juta. Kita akan teruskan rancangan merobohkan madrasah ini walaupun warisnya memfailkan semula injunksi.
"Sebuah surau yang memuatkan hampir 400 orang akan dibina sebagai ganti di samping tapak baru masih dicari bagi membina semula madrasah tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Peguam Jesvinder Jit Singh memfailkan semula injunksi bagi pihak plaintif iaitu Jamludin Murad, 58, Fadzil Ishak, 61, Fidel Firaidi Mustafa, 49, dan Fidel Firaidid Mustafa, 49, di Mahkamah Tinggi Ahad lepas sebagai usaha menghalang madrasah itu dirobohkan kerajaan negeri.
MAIK, Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan kerajaan negeri Kedah, masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam writ saman itu.
Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa pindah milik tapak madrasah berkenaan (kepada pihak pemaju) dibuat secara tidak sah di bawah Kanun Tanah Negara dan menuntut balik supaya tanah itu dikembalikan kepada MAIK.
Azizan berkata kerajaan negeri tidak akan melayan kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang mendakwa pelaksanaan projek Aman Central dan Amansuri Residences bernilai RM100 juta di tanah milik Bina Darulaman Berhad tidak dilakukan secara tender terbuka.
Kedua-dua projek itu dilaksanakan oleh syarikat Kumpulan Belleview.
"Setakat ini sembilan batang piling telah selesai ditanam. Projek ini akan berjalan mengikut perancangan dan saya harap selepas ini tiada lagi gangguan," katanya. -- Bernama
Sumber : Sinar Harian 11 MeiALOR SETAR - Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) di sini membuat tiga laporan polis berhubung dengan kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mahu meneruskan usaha merobohkan madrasah itu sedangkan permohonan injunksi bagi menghalang perobohan itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar.Pengerusinya Mansor Ahmad berkata kenyataan Azizan itu seolah-olah satu ugutan kerana beliau telah membelakangkan tindakan mahkamah."Saya amat kecewa dengan tindakan Azizan kerana kenyataannya itu bersifat provokasi. Walaupun beliau Menteri Besar, tetapi beliau juga terikat dengan undang-undang dan tidak dikecualikan tindakan undang-undang," katanya kepadapemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini hari ini.Beliau berkata apabila permohonan injunksi difailkan di mahkamah dan serahan telah dibuat kepada pihak defendan, maka sehingga kes itu diputuskan oleh mahkamah bermakna injunksi telah berlaku."Jadi tidak ada sebarang tindakan boleh diambil sama ada untuk merobohkan bangunan madrasah atau meminta plaintif mengosongkan tanah wakaf yang diduduki,” katanya.Sementara itu, Fidel Firaidi Mustafa yang turut membuat laporan polis berkata sebagai waris, dia mahu pertahankan madrasah itu kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar telah mengelirukan rakyat."Ada orang tanya saya kenapa nak gaduh tentang perkara ini. Saya jelaskan kami bukannya nak gaduh tetapi kami tidak mahu madrasah itu dirobohkan dan dibuat dalam bangunan kerana susah untuk ahli kariah membuat majlis keagamaan di situ kelak," katanya.Beliau berkata sehingga sekarang jawatankuasa madrasah tidak pernah dipanggil untuk melihat pelan yang mereka (kerajaan negeri) buat berhubung dengan pembinaan surau baru."Saya harap rakyat Kedah memberi sokongan terhadap kami kerana kami bukan mahukan duit berjuta-juta tetapi kami cuma nak pertahankan madrasah itu supaya tidak diroboh.
"Tetapi kami akan akur dengan arahan mahkamah sekiranya madrasah itu perlu dirobohkan dan saya juga berharap agar kerajaan negeri juga mematuhi arahan mahkamah jika keputusannya nanti berpihak kepada kami," katanya
Rabu lepas, Azizan selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri berkata perobohan madrasah itu akan terus dilakukan kerana warisnya hanya memfailkan injunksi yang mempertikai penjualan tanah wakaf berkenaan.
Beliau berkata Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah wakaf telah menerima pampasan lebih RM1.4 juta, jadi pihaknya (kerajaan negeri) akan meneruskan rancangan merobohkan madrasah itu walaupun warisnya memfailkan semula injunksi.
Tok Kenari: Tok berharap isu ini akan dapat diselesaikan dengan segera menerusi undang-undang dan mahkamah.. pihak yang berkenaan diharap dapat menerima dan menghormati keputusan mahkamah dalam hal ini..
No comments:
Post a Comment
Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..