#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday, 12 August 2013

Sedarkah Rakyat Malaysia, Negara Kita Sedang Diserang?


KEGAGALAN Anwar Ibrahim khususnya dan penaja-penajanya memerintah negara Malaysia selepas PRU13 tidak pernah mematikan hajat mereka. Selepas gagal juga menggunakan jalanan 505 dan rahsia-rahsia penaja mereka didedahkan oleh Mantan pembesar negara jiran, mereka berusaha menggunakan saluran mahkamah dengan membuat seberapa banyak petisyen.

Malangnya satu demi satu petisyen tidak memihak kepada mereka. Kini, mereka mula menggunakan 'KUASA-KUASA LUAR'. Dan serangan itu dimulakan dari selatan tanah air.

SERANGAN LEE KUAN YEW
Lee Kuan Yew seorang tua pencen, telah memetik api serangan dengan mengeji dasar-dasar negara. LKY meghasut rakyat Malaysia akan hal berkaitan "kaum", wal hal seluruh dunia tahu di Singapura kamu tidak boleh mengkritik Kerajaan dan Perdana Menterinya melainkan kamu bersedia disaman dan merengkok dalam penjara. Seluruh dunia tahu, di Singapura jika kamu Muslim apatah lagi Melayu, kamu akan ditindas dan dinafikan dengan segala macam cara. 

Sudahkah anda membaca pendedahan Kekejaman Politik dan Amalan Rasis oleh LKY didedahkan oleh Profesor Dr. Lily Zubaidah. Antaranya ini http://www.anwaraidc.com/?p=35645. Siapakah lagi Melayu Singapura yang dihalang memasuki Singapura?

SERANGAN KALIMULLAH KEMBALI LAGI
Sebelum ini kami pernah dedahkan betapa busuknya hati Kalimullah, seorang yang gagal Tapisan Keselamatan semasa memohon pegawai politik kepada allahyarham Tun Ghafar Baba.

Kalimullah, atas kepentingan bisnes dan wang di Pulau Pinang dan menjadi orang atas angin di Singapura sama ada kepada DAP atau PAP, sudah pasti orang yang terlibat di dalam buku terbitan pasukan Pakatan Rakyat untuk memburukkan Pak Lah dan kerajaan yang ada sekarang.

Orang-orang di NST pasti tidak dapat melupakan bagaimana mereka dibuang kerja secara halus dek kerana mendedahkan kejalangan Anwar dan Lim Guan Eng, sehinggakan satu demi satu Wakil Rakyat Pakatan keluar parti. Bukan itu sahaja, Kalimullah yang beruntung diberi kuasa di NST telah memasukkan orang-orangnya yang ketiadaan kerja di Malaysia Today akibat bankrap. Dan selepas kemerosotan BN pada tahun 2008, Kalimullah secara terang menulis di kolumnya menyalahka Pak Lah.

Kini, serangan itu kembali lagi dari Singapura! Sudah berapa kali penerbangan Kalimullah KL-Singapura dan Pulau Pinang-Singapura. Menjadi talibarut dan spy dalam perniagaan konon, semuanya kerana tunduk kepada desakan DAP dan PAP yang memerintah dan menguasai bisnes-bisnes.


Apakah yang kamu akan fikirkan tentang buku "Awakening Pak Lah"? Kalimullah? dan Singapura? Adakah kamu berfikir ianya secara kebetulan? 

SERANGAN TPPA
Seperti yang telah kami dedahkan, KSU MITI dan suami Singapuranya telah menjalankan modus operadi dan agenda politik untuk memenangkan Amerika melalui paksaan TPPA ke atas Malaysia.

Amerika tidak mampu membunuh Ekonomi China tetapi Amerika akan membunuh 'rakan' pelaburan China yang strategik di Asia, dan salah satunya ialah Malaysia.

Singapura dijadikan negara "penamban" di mana seluruh logistik maklumat, perundangan, strategi dan kewanggan ditempatkan di Singapura. 

Lee Kuan Yew pernah berkata, "Singapura tidak akan maju selama-lamanya jika Singapura gagal menguasai Malaya (Tanah Melayu)".

Selepas KSU MITI memainkan peranan jahatnya, dan suaminya turut memberi sumbangan, kini Amerika menghantar Pegawai kedutaa baharu mereka. Sungguh-sungguh mereka berusaha mematikan Malaysia ini.


OBAMA
Semua serangan-serangan ini bertujuan untuk menggagalkan lawatan Presiden Obama pada Oktober ini. Mereka (khususnya Anwar) mempunyai masa tidak sampai 2 bulan untuk menghancurkan ekonomi Malaysia selepas gagal menghancurkan politik Malaysia.

Seruan kami, bangun rakyat Malaysia, tunjukkan Patriotik kita, pertahan negara ini dari mereka.

Sumber : MyMassa

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...