#PrayForMH370

#PrayForMH370

Tuesday 16 December 2014

Van Siam Masih Berleluasa, Mudah Cari Makan di Malaysia

Gambar hiasan

ALOR SETAR - Meskipun pelbagai penguatkuasaan dan saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas pemandu van Thailand namun kelibat mereka masih boleh dilihat bermaharajalela atas lebuh raya Malaysia.

Tinjauan Sinar Harian di Kedah mendapati, kenderaan tersebut dikesan berada di jalan-jalan negeri ini, termasuk di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dari Bukit Kayu Hitam sehingga Sungai Petani.

Berdasarkan arah pemanduan van, ia dipercayai sedang menghala ke arah selatan, mungkin ke Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.

Perkara ini boleh menimbulkan pelbagai persoalan terhadap keberkesanan operasi yang dilaksanakan oleh JPJ terhadap kegiatan van Thailand berkenaan.

Bagaimanapun, van berkenaan juga dipercayai telah mengubah modus operandi dengan melakukan transit penumpang di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Gurun arah selatan pada waktu tertentu.

Pemerhatian juga mendapati van tersebut akan memasuki negara ini tanpa penumpang sehingga ke R&R Gurun sebelum mengambil penumpang di situ.

Sementara itu, tinjauan di Pulau Pinang mendapati kenderaan itu masih bebas berkeliaran tanpa rasa takut malah mereka juga bebas mengambil dan menurunkan penumpang di kawasan tertentu.

Lebih mengejutkan lagi terdapat beberapa pengusaha dan agensi pelancongan di Pulau Pinang menawarkan perkhidmatan menggunakan kenderaan berkenaan untuk ke beberapa destinasi pelancongan di negara gajah putih berkenaan.

Dengan hanya membayar dari RM20 hingga RM35 van berkenaan akan menghantar penumpang dari kawasan Komtar ke Hatyai, Thailand.

Kebanyakan pengusaha van Thailand menggunakan kenderaan jenis Toyota Komuter yang lebih selesa dan mampu memuatkan 10 hingga 12 penumpang untuk satu perjalanan. -Sinar Harian

p/s: Jangan salahkan pengusaha teksi kita kalau depa tak sokong kerajaan disebabkan isu 'lama' ini..
 

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...