#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 21 January 2013

Kenalkah Siapa Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok?

Amanat Dato' Mursyid Diraja
Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok
Kepada Bangsa Melayu


Oh Bangsa Kami Melayu Handalan
Hendaklah Kita Bersatu Simpulan
Menyatu Kebangsaan Ambil Kawalan
Kerana Watan Hidup Berkekalan

Kalau Bangsa Kita Tiada Bersatu
Bangsa Yang Lain Kelak Meluru
Hak Kita Mereka Hendak Melatu
Akhirnya Melayu Tiada Bermutu

Bangsa Yang Lain Semakin Tumpat
Mereka Mendesak Bertambah Rapat
Hak Kita Mereka Hendak Mendapat
Jikalah Kita Tiada Bersatu Cepat

Halaukanlah Inggeris Durjana
Di Tanah Melayu Membuat Pesona
Anak Watan Kita Dah Hidup Merana
Di Negeri Sendiri Kitalah Dihina

Hapuskan Malayan Union Hapuskan Segera
Kembalikan Sultan Ke Atas Takhta
Daulatlah Raja Daulatlah Negara
Supaya Hidup Tiada Sengsara

Hidup Melayu, Merdeka, Merdeka
Janganlah Lalai Janganlah Leka
Korbankan Jiwa Pertahankan Pusaka
Bangsa Melayu Ditimpa Mala Petaka

Dinukilkan Dalam Bentuk Sajak
Yang Dibuat Khas Oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok
Yang Dilaungkan Murid-Murid Sekolah Semasa
Perhimpunan Menentang Malayan Union
Pada 30 Mei 1946 Di Padang Court, Alor Setar

Siapakah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok? >>KLIK SINI<<

3 comments:

  1. Assalammualaikum Tuan Admin
    Terima Kasih atas perkongsian ini.
    Sejujurnya saya orang Sungai Petani dan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok adalah salah seorang tokoh ulamak tanah air yang saya minati.

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...