#PrayForMH370

#PrayForMH370

Tuesday, 23 April 2013

Pas Kedah Gagal! Selepas KUIN, Maktab Mahmud Pula Jadi Mangsa!


Maktab Mahmud, sekolah agama yang dikatakan terbaik di seluruh Kedah. Sekolah agama idaman pada ibu-bapa yang mahu anak-anak mereka mendalami ilmu agama secara serius.

Bila sebut nama Maktab Mahmud, akan ada satu standard dan level khas dalam pemikiran orang Kedah. Malah untuk menjadi pelajar Maktab Mahmud juga bukan mudah, perlu melalui pelbagai ujian sebelum dapat dilantik menjadi pelajar di Maktab Mahmud.

Begitu besarnya nama Maktab Mahmud di pemikiran orang Kedah. Selama lebih 50 tahun BN memerintah, Maktab Mahmud telah menjalankan tugas mendidik dan melahirkan ramai ilmuan agama, bertindak cemerlang dan tak pernah pula terdengar masalah penyelewengan dan masalah dalam pengurusan.

Tok Kenari ingin memetik pendedahan McTheory bersama Team Media Kedah (TMK) mengenai hasil semakan audit yang mendapati terdapat penyelewengan dan salah laku dalam pengurusan Maktab Mahmud, semuanya berlaku semasa pemerintahan Pas di Kedah.




Rupa-rupanya dalam hal perlantikan pengetua pun terdapat campur tangan politik (salah guna kuasa) yang mana dilantik dari kalangan keluarga / saudara-mara orang Pas juga. Kalau dah diberi kepada 'kroni' yang diragui dari segi kemampuan, kelayakan atau ketokohan, maka bagaimana nak dibanggakan dengan gahnya nama Maktab Mahmud di Kedah ni?

Baca lagi pendedahan McTheory di SINI dan SINI.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...