#PrayForMH370

#PrayForMH370

Friday, 27 July 2012

Syiah Makin Berkembang Di Malaysia, Patutkah Kita Berdiam Diri?


Semenjak kebelakangan ini, pengaruh ajaran sesat Syiah Imamiyyah / Ja'fariyyah yang berpusat di Iran semakin berkembang di negara ini. Padahal ajaran itu sudah difatwakan sebagai ajaran sesat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bertentangan dengan amalan di Malaysia yang berpandukan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Hasil penyelidikan, markas Syiah di Malaysia dibiayai secara langsung oleh kerajaan dan ahli perniagaan Iran. Menerusi markas ini, fahaman Syiah disebarkan dengan meluas tanpa sebarang tindakan berkesan oleh JAKIM, Jabatan Agama Negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Hasilnya, lahirlah beberapa tokoh profesional Syiah di kalangan keluarga berpengaruh, pensyarah agama, kelompok profesional, pakar perubatan sehinggalah golongan guru termasuk guru agama sekolah.

Berita yang pernah dikeluarkan di akhbar sebelum ini

Artikel yang pernah dikeluarkan di akhbar
Pada hari ini, gerakan menyebarkan fahaman Syiah ini bergerak secara terang-terangan berikutan pertambahan 'ahli' mereka yang kini melebihi 20,000 orang. JAKIM mendedahkan terdapat usaha mengedarkan buku-buku dan risalah-risalah ke seluruh negara. Setiap bungkusan pengedaran bahan terbitan tersebut disertakan cap pengirim atas nama Majlis Syiah Malaysia yang beralamat di Johor. Sungguh berani mereka ini! Tambahan, kehadiran pendatang asing dari negara Arab dan Afrika telah menguatkan lagi penyebaran fahaman ini.

Seharusnya JAKIM, Jabatan Agama Negeri, pihak berkuasa bersama-sama Kementerian Dalam Negeri dan juga semua umat Islam di Malaysia tanpa mengira latar belakang fahaman politik perlu bekerjasama dalam menangani penyebaran ajaran Syiah ini. Baca komentar Ustaz Aizam hasil dialognya dengan Ketua Syiah Malaysia di sini.


Video di bawah ini mengenai rintihan orang Islam (ahli Sunni) terhadap keganasan Syiah di Iraq yang boleh menjadikan sempadan kepada rakyat Malaysia yang pada masa ini sewajibnya bersyukur kerana masih hidup dengan aman damai di negara Malaysia ini.

Apa kata Ustaz Kazim Elias?

Tok Kenari: Bermacam-macam ancaman kepada umat Islam di Malaysia, tapi orang kita masih tak tahu.. atau kita buat-buat tak tahu, atau memang tak nak amik tahu?

3 comments:

  1. syiah ni memang sesat yang nyata, membenci para sahabat dan ummul mukminin. Namun begitu ramai juga org islam yg tak faham islam, ambil acuh tak acuh tentang hukum islam. sanggup menolak hukum Allah semata-mata mengejar kepentingan dunia. saya rasa dua-dua golongan ni ( syiah dan puak2 tolak undang2 islam) sesat yang nyata berdasarkan keterangan dr alquran. sama2 kita muhasabah diri.

    ReplyDelete
  2. tolak syiah.... penghancur akidah umat
    tolak umno/bn .... penghancur kehidupan rakyat

    rakyat yg rosak akidah dan lemah ekonomi akan mudah diratah musuh.

    ReplyDelete
  3. kita tu siapa? rakyat dan pemerintah.

    takkan tersekat syiah dgn hanya fokus kpd mat sabu walaupun wajar.

    media bn umno masih tidak memperlihatkan bahayanya isu syiah ini.

    hiburan di media2 masih mcm biasa.. so siapa yg meremehkan kehadiran syiah?

    ust zamihan pun sebenarnya tidak dialu2kan oleh pemerintah sendiri dlm isu syiah ini. diap un tersepit

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...