ALOR SETAR - Aura kepimpinan yang ada pada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir menyebabkan rakyat Kedah tidak ragu-ragu memilihnya sebagai calon Menteri Besar jika Barisan Nasional (BN) merampas kembali tampuk Kerajaan Negeri.
Kini, Mukhriz juga memegang jawatan Timbalan Pengerusi Umno Kedah.
Ketua Umno Jerlun, Datuk Abu Hasan Sarif berkata, kewibawaan Mukhriz, yang juga ahli Parlimen, atas kapasiti pemimpin bukan sahaja dapat memenangi hati golongan muda tetapi melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
“Mungkin dengan meletakkan Mukhriz sebagai calon MB sokongan rakyat terhadap BN akan bertambah kuat.
"Kita sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama serta sokongan penuh terhadapnya.
“Bagaimanapun segalanya tertakluk kepada keputusan presiden (parti Datuk Seri Najib Tun Razak), siapa yang dipilih kita sokong,” kata beliau kepada Sinar Harian.
Mengulas mengenai kajian Universiti Utara Malaysia (UUM), 69 peratus responden memilih Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah sebagai calon Menteri Besar jika BN menerajui Kedah, beliau menerima kebenaran itu.
Abu Hasan berkata, kajian yang dibuat UUM itu juga dapat menjadi penanda aras terhadap kerja-kerja dilakukan oleh BN untuk melihat potensi rakyat memilih BN atau sebaliknya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dalam pada itu, beliau meletakkan 70 peratus keutamaan rakyat terhadap pemilihan calon parti berbanding hanya 30 peratus dari aspek parti.
“Jika dulu rakyat pilih parti untuk menentukan kerajaan mana yang layak memerintah. Tetapi sekarang rakyat lebih memilih calon berkaliber, berpontensi serta mempunyai aura dapat menarik sokongan mereka,” katanya. Baca selanjutnya di Sinar Harian.
Tok Kenari: Aura Tun Mahathir masih ada lagi di Kedah.. maka Mukhriz dilihat sebagai calon yang sesuai sebagai MB Kedah sekiranya kepimpinan Kerajaan Negeri kembali kepada UMNO/BN, dengan harapan aura Tun mampu membawa Kedah ke arah yang lebih baik, InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment
Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..