#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 15 July 2013

Kerajaan Kedah Akan Pindahkan Pelajar Tajaannya di Mesir Jika Perlu


JITRA: Kerajaan Negeri Kedah akan memindahkan seramai 897 pelajar tajaannya di Mesir ke tempat selamat jika pergolakan di negara itu mengancam keselamatan mereka. 

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri juga menimbang untuk membawa mereka pulang jika keadaan memerlukan. 

"Pada masa ini kita tidak bercadang membawa pulang pelajar tersebut kerana membabitkan kos jutaan ringgit selain mereka boleh meneruskan pengajian apabila keadaan pulih. 

"Kerajaan negeri bagaimanapun akan berbincang dengan kerajaan pusat mengenai tindakan yang wajar bagi menjamin keselamatan mereka," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada Guru Al-Quran Sukarela dan Bidan Kampung pada majlis berbuka puasa di Kampung Pida Tiga, Tunjang dekat sini. 

Mukhriz nasihatkan pelajar di Mesir supaya tidak terbabit dalam sebarang perhimpunan dan menjauhi kawasan huru hara dan rusuhan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...