#PrayForMH370

#PrayForMH370

Tuesday, 23 July 2013

Perlu Wartakan Anti Syiah!


Keputusan kerajaan Kedah yang mahu mewartakan fatwa anti-Syiah wajar dicontohi negeri lain bagi membendung penularan fahaman itu yang dikesan semakin serius, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Bekas Perdana Menteri itu berkata, usaha bagi mengekang Syiah harus diambil setiap negeri berikutan penularan fahaman itu dalam kalangan ahli Sunni di negara ini mampu memecah-belahkan dan melemahkan umat Islam. 

“Kita tak soal agama mereka tapi apa yang kita tahu apabila ada Syiah dengan Sunni. Mesti ada permusuhan sehingga berperang dan berbunuh seperti di luar negara. Kalau umat Islam berpecah, persaudaraan akan hancur dan kita tidak akan hidup sebagai umat Islam lagi. 

“Justeru negeri lain patut kaji. Kalau berpecah orang Islam disebabkan berbeza fahaman, mereka akan jadi lemah. Sekarang pun dah lemah disebabkan politik, kalau berpecah lagi habislah umat Islam,” katanya ketika ditemui selepas meluangkan masa bertemu peniaga, selain membeli-belah di Kompleks Pekan Rabu, di Alor Setar.

Khamis lalu, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, mengumumkan untuk mewartakan fatwa anti-Syiah yang kini sedang dalam peringkat deraf bagi membendung fahaman itu daripada terus berkembang di Kedah. -Berita Harian


Tok Kenari: Satu usaha yang baik bagi membendung penularan dakwah sesat seperti ajaran Syiah ini. Tapi kalau usaha ini hanya di satu pihak sahaja, susah juga nak laksanakannya..

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...