#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday 17 August 2014

Bila Teloq Mat Sabu Kecut, Pas Buat U-Turn


Seperti dijangka, mesyuarat yang kononnya dinanti-nantikan bagi menentukan 'isu besar' dalam pemuafakatan Pas dan PR akan menghasilkan jawapan yang mengikut kehendak Anwar Ibrahim.

Apabila sebelum ini Majlis Syura Pas telah membuat ketetapan mengenai sokongan penuh kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, maka berduyunlah pemimpin dan penyokong pro Ulama menyokong keputusan Majlis Syura, walaupun suara Pas bukanlah kuat sangat dalam Pakatan.



Alih-alih pada 17 Ogos 2014, kepimpinan Pas telah membazirkan masa bermesyuarat dan membelakangkan keputusan Majlis Syura, seterusnya membuat u-turn menyokong Datin Seri Wan Azizah, dan ditambah syarat meletakkan calon kedua Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baru. Tiada lagi sokongan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim. Keputusan ini telah disampaikan oleh Mat Sabu menerusi sidang media selepas mesyuarat tersebut (takkan tak kenal siapa dia ni?)

Maka, calon Pas adalah nenek kipas kertas dan tokey aiskrim jamban. Dah macam tak ada calon lain yang lebih bersih. Jadi, apa akan jadi seterusnya? Sama-samalah kita tunggu dan lihat...

p/s: Nak pilih MB pun dah kelam kabut..

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...