#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 1 October 2015

Pembesar Suara Masjid & Surau di #Penang Hanya Untuk Azan & Iqamat


GEORGETOWN - Selepas ini pembesar suara di bahagian luar masjid dan surau di Pulau Pinang hanya boleh digunakan untuk azan dan iqamat.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa negeri pada 1 dan 2 Julai lalu dan disahkan sekali lagi menerusi mesyuarat sama pada 23 dan 24 Ogos lalu.

Difahamkan, keputusan itu dibuat selari dengan hasil mesyuarat sama pada 7 April 2011 berhubung larangan membaca al-Quran sebelum waktu subuh menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau.


Bagaimanapun, keputusan itu ditambah baik dengan memasukkan larangan bagi semua program di masjid dan surau seperti qiamullail, solat tahajud, kuliah, mesyuarat dan sebagainya yang hanya dibenarkan menggunakan pembesar suara di bahagian dalam.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Noor berkata, keputusan itu dibuat selepas dipertimbangkan dari pelbagai sudut.

Menurutnya, isu berkenaan dibangkitkan selepas pihaknya menerima beberapa aduan dari masyarakat Islam sendiri yang tidak tahan dengan pembesar suara di luar masjid serta surau yang dipasang terlalu kuat.

"Persekitaran hidup umat Islam hari ini juga sudah berubah dengan ramai yang tinggal di kawasan perumahan dengan jarak sangat hampir dengan masjid.

“Jika kita ingin beribadat, tidaklah sewajarnya kita mengganggu orang lain,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.


Semalam, surat perkeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti negeri kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAINPP) bertarikh 1 September lalu menjadi viral di laman sosial.

Kebanyakan pengguna laman sosial tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan selain mendakwa keputusan itu dipengaruhi desakan politik.

Wan Salim berkata, JHEAINPP akan memanggil ahli jawatankuasa dan pegawai masjid di seluruh negeri ini untuk sesi penerangan mengenai larangan tersebut.

Menurutnya, usaha itu perlu bagi membolehkan mereka menjelaskan kepada masyarakat Islam di kariah masing-masing.

“Semoga dengan cara ini, isu itu tidak disalahfaham oleh orang ramai dan tidak menimbulkan kekecohan yang berpanjangan,” katanya. -SinarHarian

Tok Kenari: Tak lama lagi, jadi macam Singapore lak.. azan pun dalam masjid/surau je.. DAP guna taktik halus macam ni pun orang Islam Melayu Penang masih buat tuli..

3 comments:

  1. Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dalam kenyataan di dilaman Bernama http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=608274&cat=ut berkata “larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih. "Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni," "Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.”
    Saya menyokong pendapat beliau. Pertimbangankan utama tentulah konsep tidak mengganggu orang sebelahan yang diperintahkan Allah didalam AlQuran melalui Al-Israk ayat 110 قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَٰنَ ۖأَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚوَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا
    Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam shalatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".
    Walaupun ditujukan kepada mereka yang bersembahyang namun eloklahlah dipakai dalam semua keadaan
    Menggunakan pembesar suara bagi melaungkan Azan adalah wajar, tetapi menggunakannya untuk tujuan selebihnya memberi lebih keburukan dari kebaikan.
    Laungan azan bertujuan mengajak orang ramai bersembahyang. Wajar dilaungkan ke luar mesjid. Iqamah pula untuk memberitahu makmum sembahyang akan dimulakan. Pembesar suara dalaman sudah mencukupi. Tidak guna pun tak apa. Khutbah pula disampaikan kepada jemaah yang hadir. Sistem bunyi didalam mesjid yang membolehkan orang mendengar saranan khatib dengan jelas diperlukan. Tiada keperluan untuk melaungkannya dengan kuat keluar mesjid. Jika dikaji secara saintifik, selepas jarak 100 meter walaupun bunyinya masih kuat tetapi sebutan ayat sukar difahami. Begitu juga dengan ceramah/tazkirah, sukar diamati walaupun dirumah disebelah mesjid. Faedahnya sekadar penduduk sekitar 500 meter tahu ada tazkirah diketika itu. Tidak menggangu jiran adalah sebahagian dari adab kita. Semua dalam kalangan kita bertimbangrasa dengan tidak memasang TV, Radio, Hi-Fi, di rumah hingga menggangu jiran sebelah dan merendahkan nada dering telefon ditempat awam. Tunjukkan kita orang Islam tahu mengguna teknologi secara bijaksana.

    ReplyDelete
  2. Tentang bacaan Tarhim disubuh sunyi (dibaca kuat ? tujuan membangunkan orang dari tidur). Kita mesti mendalami dahulu asal usulnya dan amati dahulu maksud ayat ayatnya (yang biasa di Malaysia, di Indonesia/Mesir lain).
    يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
    وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
    يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ
    Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
    Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga,
    Doa ini diulang ulang dan kemudiannya dituruti oleh permohonan perantaraan (barakah) seperti berikut:
    بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا محمد صلى الله عليه وســلم
    demi berkat Junjungan kami Nabi Muhammad SAW
    بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا ابى بكرٍ الصديق رضى الله عنه
    demi berkat Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA
    بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا عُمَرَ ابْنِ الخطاب رضى الله عنه
    demi berkat Saidina Umar Al-Khatab RA
    بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا عُثْمَانَ ابْنِ عَفَّانَ رضى الله عنه
    demi berkat Saidina Uthman bin Affan RA
    بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا عَلِىَّ ابْنِ اَبِى طَالِبِ رضى الله عنه
    demi berkat Saidina Ali bin Abi Talib RA
    وَعَنْ كُلِّ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ اَجْمَعِينَ
    dan dengan keberkatan para Sahabat dan kaum keluarga Rasulullah SAW
    (dari http://tayibah.com/eIslam/tarhim.html)
    Sekali imbas ayat tarhim ini seolah memohon Tuhan merestui Nabi, sahabat dan keluarganya. Namun andaian ini meleset kerana sebenarnya menurut maksud diatas nyata pembaca memohon berkat dari NabiSAW, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali. Nauzubillah, memohon restu dari Allah dengan perantaraan (barakah, syafaat) orang lain ternyata dilarang dalam Islam terutama bila semua mereka telah mati.Eloklah kita berhenti mengamalkannya agar tidak menempa dosa.
    Sekarang ini banyak benar cara untuk digerak bangun dari tidur jam gerak, radio gerak, telefon bimbit dll. Bangun dari tidur biarlah dari usaha sendiri bukan mengharapkan orang lain.

    ReplyDelete
  3. Ibadah lebih berkesan dalam suasana hening. Sifat prihatin serta bertimbangrasa adalah ciri Muslim sejati. (rujuk
    https://www.youtube.com/watch?v=IpL1s8E_Mt0,
    https://www.youtube.com/watch?v=SzbhEKqoIQU
    Kita juga perlu tunjukkan kepada anak anak dan mereka yang belum berhijrah ke Islam yang kita hidup dalam masyarakat madani yang menghayati hadariah Islamiah termasuklah menghormati dan tidak menyakiti jiran. Bahawa penduduk negara kita ini majmuk sudah menjadi ketentuan Ilahi. Baiah sesama kita yang termaktub dalam Perlembagaan sewaktu merdeka meletakkan orang bukan Melayu sebagai rakyat Malaysia. Kalau dulu mereka “orang asing” dan “pendatang”, sekarang tidak lagi. Kenyataan ini sangat pahit bagi sesetengah orang, namun perlu diterima. Oleh itu kita harus saksama berpandukan ajaran Allah:
    Q.S. AL-Maidah: 8. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
    “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kesaksamaan kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”
    Mengapa kita hendak berdegil dengan penuh angkuh walaupun kebenaran didepan mata. Penggunaan pembesar suara bermula pada akhir lima puluhan. Ia bidaah yang baik bila bertepatan dengan keperluan. Jangan pertahankan hanya kerana menyambung kebiasaan. Firman Allah dalm Surah AlBaqarah Ayat 170, وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۗ أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ
    ‘Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,” mereka menjawab: Kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari nenek moyang kami” walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?”.
    Lihat sejenak isu dari sudut agama dan adab. Pertimbangkan dengan waras. Lupakan seketika dorongan politik.

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...