#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday, 28 March 2013

Nallakaruppan Diugut Bunuh!


Senator Datuk S Nallakaruppan membuat laporan polis semalam mendakwa menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan serta boleh mengancam nyawanya.

Sebelum ini, beliau pernah membuat beberapa laporan polis selepas menerima lebih lima ugutan daripada individu tidak dikenali.

Nallakaruppan yang ditemani peguamnya, Nazmi Rosli dilihat memasuki pekarangan Balai Polis Sentul pada jam 3 petang semalam, sebelum keluar kira-kira sejam kemudian.

Beliau ketika ditemui berkata, SMS itu diterima kira-kira jam 10 malam kelmarin, sebaik dia selesai makan malam bersama keluarganya di kediaman mereka di Bukit Tunku, di sini.

Menurutnya, kandungan SMS diterima berbunyi 'aku tak nak tengok kau berceramah atau memburukkan Datuk Seri (Anwar Ibrahim)...Aku akan tembak mulut kau sampai mati'.

"SMS itu jelas berbaur ugutan dan boleh mengancam keselamatan saya. Saya menganggap perkara ini sangat serius dan berharap polis dapat segera menjalankan siasatan bagi mengesan pengirim SMS tersebut," katanya.

Ketika ditanya kenapa SMS itu dihantar kepadanya, beliau berkata, ia mungkin ada kaitan dengan kenyataan beliau berhubung saman dan konspirasi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disiarkan sebuah stesen televisyen tempatan, malam kelmarin. -Sinar Harian


p/s: Parti mana yang sebenarnya memulakan & mengamalkan budaya samseng?

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...