#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday, 28 February 2013

Guan Eng Pejuang Islam?


27 Feb. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mahu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuktikan kepada rakyat khususnya umat Islam bahawa parti itu benar-benar turut memperjuang dan menegakkan agama Islam.

Tegasnya, bukti itu penting bagi meyakinkan umat Islam mengenai dakwaan Guan Eng, kononnya DAP turut berperanan dalam segala hal berkaitan Islam termasuk hukum syarak terutama di negeri yang diterajuinya, Pulau Pinang.

Menurutnya, umat Islam akan mempercayai apa yang dinyatakan oleh pemimpin DAP itu sekiranya dia mempunyai bukti kukuh.

Jika sebaliknya, ujar beliau, Guan Eng tidak wajar mengeluarkan kenyataan bahawa DAP adalah sebuah parti yang memperjuang dan menegakkan Islam di negara ini kerana boleh menimbulkan kekeliruan.


"Kita harap dia dapat tunjukkan bukti, kita akan percaya jika ada bukti khususnya di negeri yang dia perintah. Dia kenalah tunjukkan sikapnya terhadap Islam termasuk berkaitan peruntukan kepada kegiatan agama Islam khususnya di Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi wartawan.

Beliau mengulas rekasi bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang menyifatkan kenyataan Guan Eng bahawa DAP sebuat parti yang memperjuang dan menegakkan Islam sebagai memperbodohkan orang Melayu.

Ditanya sama ada kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah memperjuangkan Islam di negeri itu, Harun bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan kepada pihak media untuk membuat penyiasatan sendiri.

"Kita serah kepada anda dan pihak medialah buat siasatan, pergi siasat di negeri berkenaan dan selepas itu, laporkan dalam akhbar," ujarnya.

Harun sekali lagi mengulangi ketegasannya untuk tidak akan bertolak-ansur dengan sesiapa sahaja termasuk DAP dalam isu kalimah Allah sambil mengulangi bahawa kalimah itu adalah hak ekslusif umat Islam, bukan untuk agama lain.

Beliau sekali lagi berkata, kerjasama Pas dengan DAP dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang hanya untuk kepentingan politik semata-mata, bukan kerjasama agama.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...