MELAKA - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez yang meminta masyarakat bukan Islam tidak mengundi PAS sebagai menunjukkan belang sebenar pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri berkata, perkembangan berkenaan menunjukkan DAP, PKR dan PAS yang berbeza ideologi itu memang tidak dapat bersatu dan bermuafakat dalam banyak hal, sekali gus menyaksikan sering berlaku pertembungan kepentingan.
“Jadi bila Fernandez meminta masyarakat bukan Islam tidak mengundi PAS, bagi kita baguslah. Memang itu pun kerana PAS sebenarnya tidak memperjuangkan orang Islam. Sebab itu, jika tidak ada kesepakatan antara PKR, DAP dan PAS ini, jadi mereka berasakan kalau bagi undi bagi sana (BN) pun merugikan. Jadi bagi saya, bila sudah dekat nak hari mengundi, kita nampak belang mereka.
“Pembangkang itu tidak ada kerjasama, persefahaman dan muafakat. Sebab itu kita dengar komen orang PAS yang marah dengan apa DAP sebut. DAP di kalangan pemimpin mereka sendiri pun tak muafakat,” katanya selepas merasmikan pecah tanah projek jejantas bernilai lebih RM1 juta di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wen Hua Batu Berendam di sini, semalam. – Berita Harian
No comments:
Post a Comment
Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..