ALOR SETAR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) meminta Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) menghentikan serta-merta projek pembangunan kawasan Gunung Inas di Baling kerana tidak mendapatkan kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
JAS menafikan pihaknya meluluskan laporan penilaian EIA bagi projek itu pada 2010 seperti didakwa oleh Ketua Pegawai Eksekutif PMBKed, Datuk Shahabudin Shafie.
"Laporan EIA bagi projek itu tidak diluluskan JAS. Adalah penting perkara ini disemak dahulu oleh PMBKed dan apa-apa kerja di situ hendaklah dihentikan serta-merta" kata kenyataan JAS di Putrajaya yang difakskan kepada Bernama di sini, semalam.
JAS berkata demikian bagi mengulas kenyataan Shahabudin Selasa lepas bahawa penerokaan Hutan Simpan Gunung Inas telah mendapatkan kelulusan Laporan EIA pada 2010 dan pihaknya akan meneroka lebih 5,000 hektar kawasan itu untuk ditanam getah klon balak dalam tempoh lima tahun.
Kelmarin, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu media Kerajaan Negeri tidak akan menghentikan pembalakan di kawasan itu kerana projek dilaksanakan mengikut garis panduan dan peraturan Dasar Perhutanan Negara. -Sinar Harian 15 Jun
Tok Kenari: Dah takdak hutan lain ke sampai nak guna hutan simpan? Dulu kata dah dapat kelulusan EIA, tp awat JAS kata lain plak? Tak salah nak buat pembangunan, tapi jangan sampai faktor alam sekitar diabaikan pulak..
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment
Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..