Kalangan pemikir Islam melahirkan kebimbangan terhadap penularan konsep pluralisme agama di negara ini yang merurut mereka sekiranya dibiarkan berleluasa boleh merosakkan akidah umat Islam, terutama di kalangan generasi muda.
Justeru, mereka berharap semua umat Islam tanpa mengira profesion serta kedudukan dalam masyarakat memainkan peranan bersama-sama pihak berkuasa agama Islam negeri memerangi fahaman itu supaya kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara akan terus terpelihara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bekas mufti Kedah, Datuk Syeikh Hassbullah Abd Halim yang melahirkan kerisauan itu, berkata fahaman pluralisme agama itu menganggap semua agama itu sama nilaiannya di sisi tuhan.
Bawa kepada kekufuran
"Maka, itu pastinya bertentangan dengan akidah Islam dan boleh membawa kepada kekufuran. Saya nampak usaha untuk sebar luas fahaman pluralisme agama di kalangan umat Islam semakin menjadi-jadi. Oleh itu, umat Islam yang cintakan agamanya pasti harus bertindak atas kapasiti masing-masing, yang mana kerajaan cara kerajaan, ilmuwan cara ilmuwan," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ilmuan Muda (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, pluralisme adalah satu fahaman yang menerapkan sikap toleransi terlampau dengan beralaskan perspektif barat.
"Saya tertunggu-tunggu Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengeluarkan satu fatwa yang jelas mengenai fahaman ini kepada umat Islam sebagai rujukan," katanya.
Beliau berkata, fatwa itu wajar dilaksanakan bersama tindakan dan penguatkuasaan agama yang ketat supaya usaha membanteras gejala itu dapat dilaksanakan secara efektif.
Perlu lebih berhati-hati
Imam Masjid Negara, Azhar Tuarno berkata, generasi muda perlu lebih berhati-hati dengan konsep kebebasan, terutama dalam soal membabitkan akidah Islam.
Beliau berkata dengan perkembangan teknologi tanpa sempadan masa kini, perhubungan antara manusia adalah lebih mudah, meluas dan bebas.
- artikel dipetik daripada Berita Harian, 19/11/2012
Tok Kenari: Hubungan antara agama dan kaum di negara ni dilihat semakin tegang, dan semuanya tercetus semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari Kabinet dan UMNO pada 1998... dan semenjak wujudnya pakatan pembangkang yang jelas-jelas tidak sehaluan dan mempunyai prinsip berbeza, isu ini semakin dipolitikkan dan pihak ilmuan agama dalam pakatan tersebut seolah-olah ditutup mulut takut kena cubit perut jika mempertikaikan kenyataan 'sahabat-sahabat' lain dalam pakatan.. maksudnya, segala-galanya halal dan dibenarkan asalkan berjaya menjatuhkan UMNO/BN dan merampas Putrajaya.. nampak jelas di situ, apa cara perlu dan akan digunakan demi politik dendam kesumat..
No comments:
Post a Comment
Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..