#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday, 26 November 2012

Rumah Di Tengah Jalan Raya Di China & Kisah Penduduk Kampung Buah Pala



Di China memang ada banyak cerita-cerita yang menarik dan kadang-kala di luar batas akal pemikiran kita. Cerita kali ini adalah tentang pemilik rumah yang bernama Luo Baogen dan rumahnya yang terletak di tengah-tengah jalan raya. Alkisahnya kawasan perumahan Luo Baogen hendak dimusnahkan untuk tujuan membina jalan raya. Semua penduduk di situ telah berpindah tetapi hanya Luo Baogen sahaja yang enggan kerana wang pampasan yang kerajaan ingin berikan itu dirasakan terlalu sedikit dan tidak mencukupi. Akibatnya jalan raya tersebut tetap dibina dan tinggallah rumah Luo Baogen di tengah-tengah jalan raya itu. Sila la tengok macam mana keadaan rumah beliau di tengah-tengah jalan raya itu. Kisah selanjutnya di Cisdel.com




Tapi lain pulak kisah realiti di Malaysia yang sama sekali takkan lapuk dek hujan dan takkan lekang dek panas. Hakikat yang seribu tahun mendatang pun tetap jelas kelihatan pada dahi Anwar dan pemimpin pakatan pembangkang.

Pasti ramai rakyat Malaysia tidak lupa peristiwa Kampung Buah Pala, Pulau Pinang pada tahun 2009 dulu yang cukup merobek hati ramai kalangan kita gara-gara kegagalan Anwar Ibrahim untuk menunaikan janjinya pada masyarakat India di kampung tersebut.

Tidak sukar untuk kita jangkakan, tragedi Kampung Buah Pala yang lenyap angkara janji tidak ditepati merupakan salah satu faktor besar yang menyebabkan ramai pengundi kaum India berpaling arah dari pakatan haramjadah pembangkang seterusnya kembali semula bersama BN.


Anwar yang sekarang ini adalah Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR tentu masih ingat janji manisnya beberapa ketika sebelum PRU 2008 yang secara terbuka menyatakan komitmennya bagi menyelesaikan isu kampung Buah Pala. Kupasan lanjut di MyKMU.



Kredit to Cisdel dan MyKMU

Tok Kenari: Meskipun isu penduduk Kampung Buah Pala telah diselesaikan dengan campur tangan dan bantuan Kerajaan Pusat, tapi insiden ini sebenarnya telah menjadi sejarah hitam yang perlu diambil iktibar oleh rakyat.. Baru pegang kuasa sepenggal, janji ditaburi dan akhirnya rakyat merana.. jadi, perlukah diteruskan lagi penguasaan mereka? Ramai daripada kita tak ambil kisah sebab tak kena batang hidung sendiri.. jadi, fikir-fikirkanlah..

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...