#PrayForMH370

#PrayForMH370

Friday, 16 November 2012

Jangan Promosi Syiah! Mat Sabu Perlu Di'turun'kan


Kota Bharu: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) digesa menegur segelintir pimpinan tertinggi parti itu yang dilihat cenderung dan terarah kepada fahaman Syiah.

Perwakilan Pemuda PAS Melaka, Abdul Wahab Mohd Jawi, berkata kecenderungan itu dapat dilihat melalui artikel serta ucapan segelintir pemimpin yang mengagungkan pemimpin Syiah dan Iran. 

Selain pemimpin utama PAS, beliau juga menegur media rasmi parti itu, Harakah, supaya lebih peka dan sensitif serta tidak mengeluarkan artikel yang berkaitan dengan fahaman Syiah. 

“DPPP perlu menegur kepemimpinan tertinggi supaya jaga tindak-tanduk dan tutur kata supaya jangan terjerumus dengan fahaman Syiah. Saya tidak tuduh pimpinan mengamalkan ajaran Syiah.

“Tapi segelintir pimpinan suka memberi artikel atau ucapan yang mengagungkan pimpinan Syiah dan Iran. Ini akan menimbulkan persepsi tidak baik dalam kalangan ahli serta masyarakat.

“Begitu juga dengan lidah rasmi PAS iaitu Harakah, jangan ada sokongan pada Iran, Syiah dan Hizbullah ini penting bagi menjauhkan PAS daripada fitnah,” katanya membahaskan ucapan dasar Ketua DPPP, Nasrudin Hassan, semalam.

Perwakilan Pemuda PAS Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh, pula mengkritik ucapan dasar Nasrudin dan menyifatkannya sebagai ucapan kosong tanpa sebarang gagasan idea baru seperti diharapkan golongan muda. 

“Tidak ada perkara baru dalam ucapan Ketua Pemuda, yang ada hanyalah sorotan sejarah dan bacaan semula analisis ekonomi. Tiada satu perkara baru menyentuh anak muda dahagakan perubahan.

“Begitu juga pemuda yang sentiasa bertindak sebagai ejen pendesak kerajaan, namun dalam ucapan Ketua Pemuda tiada teguran ataupun nasihat dilemparkan terhadap kerajaan pakatan,” katanya membahas ucapan dasar Ketua Pemuda.

Perwakilan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Zulkarnain Md Zaki menegur kepemimpinan parti itu yang dilihat tidak peka serta sensitif dalam mendepani isu semasa.

Katanya, dalam menjalinkan ‘tahalluf siasi’ bersama rakan pakatan pembangkang lain, PKR dan DAP, PAS sepatutnya mendominasi kerjasama itu terutama dalam memimpin kepada pembangunan Islam.

sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...