#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday, 28 October 2013

Sudah Tiba Masa Untuk Kalih #PrkSgLimau


Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau wajar memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) menerajui kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 4 November ini. 

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd Muttalib, berkata sudah tiba masanya pengundi kawasan itu membuat perubahan atau ‘kalih’ untuk memberi mandat lebih tersusun kepada Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir mencorak pembangunan negeri secara sistematik tanpa mengenepikan kawasan berkenaan. 

“Saya sifatkan Datuk Mukhriz pemimpin yang mempunyai visi tinggi, keupayaan untuk terus membangunkan Kedah supaya setanding dengan negeri lain. 

“Secara peribadi, saya amat mengenali beliau, kami begitu rapat ketika di Parlimen dulu. Beliau sememangnya pemimpin yang mempunyai banyak idea bernas dan bagus untuk manfaat rakyat Kedah,” katanya selepas merasmikan program Karnival Pekerjaan Azam Kerja 1Malaysia peringkat DUN Sungai Limau di Simpang Tiga Sungai Limau Luar, semalam. 

Sekurang-kurangnya 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan 40 majikan yang turut serta dalam karnival sehari anjuran Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kedah itu, membabitkan bidang pengkhususan dari sektor perkilangan, pembuatan dan perkhidmatan. 

Ismail berkata, sudah tiba masanya pengundi di DUN Sungai Limau memberi kepercayaan sepenuhnya kepada BN untuk membawa perubahan dan pembangunan di kawasan mereka yang masih jauh ketinggalan. 

Bagaimanapun, beliau yakin pengundi bijak menilai pemimpin yang ada kredibiliti dan mempunyai ilmu pengetahuan tinggi untuk dipilih sebagai wakil rakyat mereka, 4 November ini.

“PRK ini masa sesuai untuk pengundi menterjemahkan sokongan mereka kepada BN yang banyak memberi keselesaan dan kemudahan menerusi pelbagai bentuk bantuan. Saya tidak nampak apa-apa kekurangan pada BN yang sudah terbukti berjaya memastikan rakyat hidup selesa, aman dan makmur,” katanya. -Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...