#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday, 27 October 2013

Utamakan Syiar Islam Berbanding Politik

Sumber foto : NST

YAN - Kerajaan pusat memberi bantuan kepada institusi keagamaan tanpa mengira fahaman politik demi meningkatkan syiar Islam dan kemajuan masa depan anak bangsa. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan membantu sekolah agama dan pondok yang memang memerlukan bantuan untuk meningkatkan pembangunannya termasuk dari segi kerohanian.

Beliau turut mengimbas pertemuannya dengan pimpinan sebuah pondok di Batu 16 Yan awal tahun ini yang mengeluh kerana diabaikan di bawah pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini. 

"Depa beritahu saya. Masa mula-mula Pas menang, merekalah yang paling seronok kerana mungkin dapat beri bantuan. Tetapi selepas tiga kali jumpa, tak tau lah depa jumpa sapa, satu sen pun tak dapat.

"Akhirnya kerajaan pusat yang bantu. Saya tak tanya pun depa orang Pas ka atau orang Umno. Itu hak masing-masing," katanya pada majlis ramah mesra bersama imam, guru pondok dan Kafa di Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap di sini pagi tadi.

Menurutnya, peruntukan diberi bertujuan untuk meningkatkan kemudahan sekolah dan keselesaan guru serta pelajarnya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyediakan peruntukan RM3.5 juta kepada tujuh sekolah agama dan pondok di sekitar Yan dari segi meningkatkan kemudahan makanan membabitkan 7,000 pelajar tidak lama dahulu.

Sehubungan itu, beliau berharap mereka dapat membantu merealisasikan hasrat kerajaan negeri agar calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim diberi peluang menjadi wakil rakyat dalam PRK Dun Sungai Limau.

"Jika calon BN menang, semua urusan akan menjadi lebih mudah kerana kerajaan negeri ditadbir oleh parti yang sama," katanya. - Sinar Harian

p/s: UMNO selaku parti utama orang Melayu sememangnya perlu utamakan syiar Islam dan survival umat Islam di negara ini. Itu adalah fundamental dalam perpaduan orang Melayu. Tapi kalau yang belah depa, macam mana pula? Ambil contoh mudah, dalam isu kalimah Allah pun PAS pun tak sepakat, macam mana pula nak perjuangkan hudud?

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...