#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 30 March 2015

Kerajaan #Kedah Komited Jaga Tanah Rizab Melayu


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah komited menjaga kepentingan Tanah Rizab Melayu (TRM) di negeri ini, kata Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Badrol Hisham Hashim. 

Beliau berkata, bagi mencapai objektif itu, kerajaan negeri melaksanakan dasar yang menyaratkan TRM yang diambil untuk tujuan pembangunan perlu digantikan lebih lima peratus daripada keluasan yang telah dibatalkan.

"Contohnya macam pengambilan TRM untuk bina kompleks beli-beli, kalau 100 ekar contohnya kena ganti balik 105 ekar.

"Soal TRM, kerajaan negeri Kedah memang pertahankan, kami akan pastikan ia (keluasan TRM negeri) akan dapat dilipatgandakan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Rizab Tanah Melayu di sini hari ini.

Badrol Hisham berkata, ini selaras dengan apa disyaratkan dalam tujuh wasiat Raja-Raja Melayu pada 1957 agar nisbah TRM mencapai 50 peratus. 

Katanya ketika ini Unit Perancang Ekonomi (EPU) Persekutuan sedang membuat kajian menyeluruh tentang keluasan sebenar TRM (di Semenanjung) atas arahan Majlis Tanah Negara.

Badrol Hisham berkata, pihaknya turut sentiasa memantau dan mengenal pasti kadar sebenar keluasan TRM di negeri ini menerusi langkah kemas kini kadar keluasan TPM setiap tiga atau enam bulan sekali.

Selain itu, katanya kerajaan negeri turut memperkenalkan dasar baharu pada tahun lalu yang mensyaratkan pengambilan TRM untuk tujuan pembangunan projek perumahan tidak lagi dibenarkan.

"Cuma kalau nak buat hotel, resort, kilang dan projek khas, itu kerajaan negeri akan pertimbangkan, cuma kalau perumahan tak dibenarkan ... dasar ini untuk menjaga kepentingan TRM, untuk bangsa Melayu," katanya. - Bernama

2 comments:

  1. Assalamualaikun! Datuk amat baik sekali memandangkan banyak tanah rezab melayu berpindah tangan kpd bangsa asing melalui pembinaan rumah tampa kawalan kerajaan. Pem binaan rmah mewah berlebihan banyak yg telah di jadikan home stay kerana org yg berwang memilikki banyak rumah.tidak di duduki nak buat apa lagi?

    Rumah yg di bena sekarang mana mampu di beli olih orang melayu memandangkan rumah terlalu mahal, rumah di bina di atas tanah rezab melayu lama kelamaan tanah rezab melayu tinggal nama saja. Saya rasa amat tepat sekali krajaan bertindak sedemikian.mengganbil tanah melayu untuk tujuan perumahan tidak di benar lagi. Harap jangan bercakap saja, mesti melaksana kan nya datuk! !!!!Banyak sudah berlaku ambil atas projek lain duk tak duk jadi projek lain! !!!!!!!??????

    ReplyDelete
  2. Datuk, saya adalah salah seorang penduduk kg sematang pinang, datuk nenak kami telah meneroka tanah kerajaan di kawasan tersebut sejak sebelum jepun datang ke Malaysia lagi. Pada tahun 1959 hasil usaha kami penat lelah kami yg telah menhadapi bermacam macam kesusahan dan mara bahaya meneroka hutan belantara akhir nya kami berhasil mendapat geran yg sah daripada kerajaan kedah,terima kasih kpd kerajaan dan pejabat tanah ketika itu yg telah murah hati dan mengenang jasa kami meeroka tanah untuk di jadikan sawah padi.

    Pada mula amat sukar untuk kami untuk menjadi kan tanah tersebut sebagai sawah padi seperti sekarang ini kerna kawasan tersebut di naikki air masin.tetapi selepas tahun 1960 kerajaan telah menbina taliair untuk menyekat air masin, barulah sedikit demi sedikit tanah yg kersang itu dapat di majukan menjadi tanah sawah,

    Pada mula kerajaan hendak membina taliair di tanah rezab kerajaan di hujung tanah kami, dimana kami menbuat perkampungan, tetapi atas berbagai masaalah kerajaan mengubah lokasi di belakang perkampungan kami iaitu di atas tanah kami yg telah di beri geran.tetapi tanah kami diambil tampa di bayar ganti rugi sekepiang pun. Pada mula nya kami tidak bersetuju, setelah perbincangan di adakan di antara pejabat tanah dg org kampung, pejabat tanah bersetuju untuk menganti tanah kami yg di ambil dg tanah rezab dimana kami jadi perkampungan kami akan di tambah di dlm geran kami. Orang kg bersetuju dg cadangan pejabat tanah mereka bersetuju menanda tangani surat perjanjian seperti mana yg di persetujui olih pejabat tanah. Setah siap pembinaan taliair org kampong menuntut janji janji pejabat tanah tetapi sehingga sekarang kami generasi ketiga masih menuntut janji janji tersebut tetapi tidak berhasil, berkali kali kami membuat permohonan tetapi tidak berjaya, di beri berbagai alasan olih pejabat tanah.

    Sekarang ini kami di kategorikan sebagai kawasan setinggan. Adilkah Datuk? kejam betul pejabat tanah sekarang ini. Janji janji di mungkiri bukan saja kpd kami, kpd datuk nenek kami dan bapa bapa kami yg telah bersusah payah meneroka hutan belantara menjadi kan sawah yg terbentang luas.

    Ada ura ura daripada pejabat tanah untuk mengambil perkampung kami. Untuk makluman datuk perkerjaan kami bersawah dan kelaut dan kawasan

    tersebut telah di jadikan pelantar ikan olih tauke tanke cina mereka menyewa drp penduduk penduduk kg ada pelantar itu telah mendapat kebenaran pejabat tanah, banyak di dirikan secara haram. Baru baru ini kawan saya telah di panggil olih PKNK kepejabat mereka. Saya berasa heran apa kena mengena pula dg PKNK! Kalau pejabat tanah hendak serah perkampungan kami kpd PKNK, pejabat tanah kena tunai janji mereka dulu tanah kami yg di ambil dulu tampa menbayar satu sen pun ganti rugi baru adil! kalau pejabat tanah hendak serah kan tanah tersebut kepada PKNK kerajaan mesti mengganti tanah rezab melayu seperti wasiat RAJA RAJA MELAYU 1957 di tunai kan. Jangan hanya membuat janjijanji kosongsaja, cakap tak serupa bikin.

    Saya berharap Datuk dapat menunaikan janji janji sepertimana yg datuk ucap kan tolong lah kami bagi mendapat hak kami sebagai rakyat Malaysia seperti mana seranan PM kita rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan, sekian terima kasih Wasalam AMIN! !!!!?!?????

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...