#PrayForMH370

#PrayForMH370

Friday, 18 April 2014

Tragedi Feri Di Korea: 25 Terkorban, 271 Masih Hilang



JINDO: Angka korban feri karam di perairan Korea Selatan meningkat kepada 25 orang pagi ini dengan ibu bapa yang kehilangan anak menyalahkan kapten dan syarikat feri selepas membuat pengumuman maaf berikutan tragedi itu.

Daripada 475 penumpang dan anak kapal dalam Feri Sewol yang karam Rabu lalu, 179 disenaraikan sebagai selamat manakala 271 lagi masih hilang.

Pihak berkuasa Korea Selatan akan memulakan operasi menyelamat awal pagi ini serta mengerahkan mini kapal selam automatik untuk melakukan tinjauan feri di bawah air.

Penyelam berdepan dengan ombak yang kuat dan air pasang besar sehingga gagal untuk memasuki ke dalam feri yang kini tertangkup sepenuhnya di dalam laut.

Feri mula tenggelam pada Rabu ketika dalam pelayaran biada dari Pelabuhan Incheon ke pulau peranginan popular Jeju, 480 kilometre ke selatan.

Pegawai pengawal pantai Korea kini menumpukan siasatan mengenai kemungkinan kecuaian kru kapal, had kargo dan kerosakan pada struktur feri meskipin kapal berkenaan dilaporkan sudah melepasi pemeriksaaan keselamatan dan insurans.

Kapten feri, Lee Joon-seok, kini berdepan dengan siasatan jenayah yang menjadi kebiasaan mengikut undang-undang Korea Selatan.

Ahli keluarga dan waris mangsa yang maut menuduh kapten feri berkenaan dan beberapa anak kapal sebagai antara yang pertama keluar dan menyelamatkan diri. - Reuters

Jadi apa bezanya kaedah negara luar dan negara kita dalam mengurus bencana dan krisis seperti ini? KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...