#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday 3 August 2016

Ketum Banyak Implikasi, Tidak Sesuai Dikomersialkan


Sungai Petani - Polis Kedah menyokong tindakan kerajaan negeri agar tidak membenarkan penanaman ketum dikomersialkan kerana mendatangkan banyak implikasi kepada orang awam.

Ketuanya, Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya kini sedang melakukan tindakan mencegah kegiatan salah guna ketum yang lebih serius dan berleluasa sehingga menimbulkan banyak keburukan di masa hadapan.

"Kalau untuk komersialkan atau bentuk lain boleh, tetapi kena kawal. Buat masa ini secara dasar sekarang kita rasa akan menjadi masalah serius sebab ramai boleh buat alternatif untuk dadah.

"Bila tak dapat dadah, dia akan cari ketum tujuannya untuk khayal dan sebagainya, kesannya boleh rosakkan minda anak muda, remaja dan banyak kesan negatif lain kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Program Pencegahan Jenayah dan Majlis Hari Raya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama penduduk Flat Paya Nahu, kelmarin.

Zamri berkata, antara yang dibimbangkan terlibat dalam penyalahgunaan ketum termasuklah golongan remaja dan pelajar.

"Kalau ikut undang-undang tak salah tanam, tetapi jual dan proses ketum itu salah," katanya. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...