#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday 16 May 2012

DAP Tidak Sesuai Untuk Orang Melayu


KUALA LUMPUR: DAP tidak sesuai untuk orang Melayu kerana parti itu bersikap pilih kasih dengan mengutamakan kepentingan satu kaum, selain tidak mengiktiraf sumbangan pemimpin Melayu. 

Malah, bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mendakwa parti itu juga tidak memberi peluang kepada pemimpin Melayu untuk menyatakan hak dan pendapat mereka.
Bekas Setiausaha Organisasi DAP bahagian Jelutong juga berkata mana-mana pemimpin yang tidak sehaluan atau menentang akan dicantas oleh pemimpin tertinggi parti.
“Apa yang diputuskan oleh parti, kita terpaksa setuju walaupun tidak bersependapat dengannya. Pemimpin Melayu tidak diberi peluang untuk menyatakan hak,” katanya ketika mengulas keputusan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang keluar dari parti itu, kelmarin, berikutan tiada persefahaman dengan kepimpinan tertinggi parti terbabit. 

Mohamed Razali dipecat daripada DAP pada 6 Julai tahun lalu selepas pendedahannya mengenai penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang pada Mei 2011. 

Berikutan itu, Mohamed Razali menyifatkan keputusan Tunku Abdul Aziz keluar DAP bukan sesuatu yang mengejutkannya, malah ia sudah dijangka lebih awal. 

Beliau berharap keputusan Tunku Abdul Aziz itu akan menyedarkan lebih ramai pemimpin dan ahli Melayu dalam DAP mengenai perjuangan parti yang didominasi kaum Cina itu. 
“Saya percaya, mereka akan sedar bahawa DAP bukan parti yang demokrasi untuk semua kaum, sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan satu kaum saja,” katanya yang mengakui membuat kesilapan ketika menyertai parti itu. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan meminta Tunku Abdul Aziz supaya mempertimbangkan semula keputusannya keluar parti. 

“Perjuangan masih banyak belum selesai. Walaupun DAP seolah-olah nampak hanya mengutamakan satu kaum, pada hakikatnya ia adil,” katanya yang pernah digantung keahlian selama enam bulan kerana mengeluarkan kenyataan, Jalur Gemilang perlu ditukar, September tahun lalu. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu, Zulkifli Mohd Noor yang kini berada di luar negara akan membuat kenyataannya selepas pulang.  - sumber: Berita Harian 16 Mei

Tok Kenari: Nasib Melayu di Pulau Pinang pun tak menentu, macam mana pulak nak jaga Melayu dalam parti? Tok tak paham la apa yang ada dalam kepala Melayu yang join masuk DAP...

3 comments:

  1. apa lak TOK tak faham??? Melayu yang join DAPig adalah Melayu yang semua tak puas hati!!! tak dapat jawatan, tak dapat habuan, tak dapat imbuhan, tak dapat macam-macam... bila tak puas hati pergi lahh terhegeh2 jadi BAGHAL tebalkan muka masuk Parti babi tu...lepas setahun dua pulak terasa muka kena pijak2 bawah tapak kaki si bangsa RASIS dan Cauvinis tu..baru rasa serupa KALDAI!!!... lepas tu baru laaa FAHAM sebusuk-busuk Parti Melayu (UMNO) semua ahli2nya adalah orang melayu dan islam..bangsa yang paling murah dan baik hati kat dunia ni...lepas tu Terhegeh2 laa balik masuk UMNO...tapi seperti biasa Pintu Parti paling baik di dunia ni sentiasa terbuka untuk BANGSANYA sendiri.... INGAT TU!!!!

    ReplyDelete
  2. Tuan blogger, mohon dipautkan blog http://aloqlaloq.blogspot.com ke blog tuan. blog tuan telah dipautkan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Strategi DAP sgt halus, menggunakan apa jua istilah yg dapat memenangi hati melayu spt pentadbiran khalifah umar aziz, telus, bersih dsb.. tujuannya menjadikan suara minoriti berkuasa dgn memecah-belahkan kumpulan majoriti (melayu).. peristiwa 13 mei 1969 berlaku kerana DAP berjaya menang kerusi dlm pilihanraya, dah mula tunjuk besar kepala dgn hasrat menghalau org melayu.. tp akibat kebangkitan melayu, DAP mula sedar mereka tidak boleh melihat melayu bersatu.. kini, bila mereka berjaya tambah kerusi semasa pilihanraya sarawak, sudah mula perancangan utk menjadikan malaysia sebuah negara kristian & menjadikan org kristian, bukan melayu sbg pemimpin utama negara.. spt kata keramat tun mahathir, "melayu mudah lupa"..

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...