'Janji Ditepati' dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos. Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.
Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala bagi sebelam malamnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.
Sumber : Bernama
Tok Kenari: Sesuai sangat tema tu, seiringan dengan roadshow PM ke seluruh negara.. janji mesti ditepati, bukan sekadar janji ditaburi..
No comments:
Post a Comment
Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..