#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday, 8 May 2013

Untungkah Tahaluf Siyasi Dalam Pakatan?


Pas wajar menilai semula tahaluf siyasi yang dijalinkan bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang kerana kerjasama itu terbukti merugikan parti tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, keputusan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya di Johor merupakan petunjuk terbaik kepada pucuk pimpinan parti.

Menurut beliau, kekalahan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Zaini Abu Bakar di kawasan itu dilihat tidak logik.

"Bagaimana Salahuddin boleh tewas sedangkan DUN Nusajaya berada dalam kawasan Parlimen Gelang Patah yang dimenangi Penasihat DAP, Lim Kit Siang?

"Pengundi Cina di DUN Nusajaya mungkin terpengaruh dengan kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez meminta pengundi menolak Pas apabila isu hudud dibangkitkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.


Mohd. Riza mengulas prestasi Pas dalam PRU-13 yang merosot apabila hanya menang 21 kerusi Parlimen berbanding 23 kerusi Parlimen pada 2008.

Selain itu, Pas juga gagal mempertahankan Kedah manakala parti tersebut hilang enam kerusi DUN di Kelantan.

Tambah beliau, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan tsunami politik pengundi Cina yang melanda negara ini perlu diperhalusi oleh Pas dan UMNO.

Jelasnya, orang Melayu dan umat Islam di negara ini sewajarnya membuka mata dan bermuhasabah tentang kesan gejala perpecahan sesama sendiri.

"Dalam hal ini, Pas perlu bersikap rasional manakala UMNO mesti membuka ruang untuk kerjasama antara dua parti berteraskan Melayu dan Islam itu.

"Pas dan UMNO tiada pilihan lain bagi memastikan kuasa politik di Malaysia kekal di tangan orang Melayu serta umat Islam," ujarnya.

Mohd. Riza memberitahu, Pas juga hendaklah memikirkan tentang kemaslahatan umat Islam yang lebih terjamin sekiranya parti itu menjalin kerjasama dengan UMNO.

Seorang lagi aktivis Pas, Norman Toha berkata, sentimen perkauman yang dimainkan DAP semasa berkempen dalam PRU-13 telah menjejaskan sokongan pengundi Cina terhadap Pas.

Menurut beliau, pucuk pimpinan Pas seharusnya sedar parti itu amat memerlukan sokongan orang Melayu bagi menjayakan agenda perjuangannya.

"Jika kita kaji keputusan PRU-13, sokongan orang Melayu terhadap UMNO semakin meningkat apabila parti itu berjaya memenangi sebanyak 109 daripada 150 kerusi Parlimen yang ditandingi.

"Pas pula bertanding di 76 kawasan Parlimen tetapi cuma menang 23 kerusi," jelasnya.

Kata Norman, jalan yang terbaik untuk mengukuhkan kedudukan Pas dan perpaduan umat Islam ialah dengan menyertai kerajaan perpaduan bersama UMNO seperti yang pernah dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -Utusan

2 comments:

  1. JOM BOIKOT kedai CINA KAFIR...

    ReplyDelete
  2. GO GO TOK KENARI

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...