#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday 19 May 2013

MB Kedah: Hentikan Aktiviti Pembalakan!


Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir mengarahkan aktiviti pembalakan di Gunung Inas, Baling dan Tasik Pedu, Padang Terap yang dibantah rakyat, dihentikan bagi mengelakkan ia memberi kesan negatif alam sekitar dan rakyat.

Tegas beliau, aktiviti itu perlu dihentikan sementara supaya kajian semula dapat dilakukan termasuk menyemak semua konsesi pembalakan bagi memastikan ia mematuhi setiap syarat berdasarkan laporan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA).

"Sekiranya ada sebarang aduan berasaskan kepada bukti menyatakan bahawa syarat tersebut walaupun sedikit tidak dipatuhi, maka saya tidak akan teragak-agak untuk mengarahkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan (terus) dengan segera," katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional (BN) Kedah di Seri Mentaloon, Alor Setar.

Mukhriz berkata, semakan semula terhadap konsesi itu bukan bertujuan hendak 'kacau rezeki orang' tetapi bermatlamat memastikan kepentingan rakyat didahulukan.


"Pada masa depan seboleh-bolehnya saya tak mahu keluarkan konsesi pembalakan lagi. Kita kena cari sumber pendapatan lain untuk Kedah," katanya.

Sementara itu, Mukhriz berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Kolej Universiti Insaniah (Kuin) termasuk Rektornya Prof. Datuk Dr. Jamil Osman bagi menyelesaikan masalah yang berlaku di kolej universiti milik kerajaan negeri itu.

Beliau turut meminta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyiapkan laporan menyeluruh menentukan hala tuju baharu Kuin.

"Kita juga berbincang dengan pihak lain yang terlibat dengan Kuin. Paling penting kita kena jaga kebajikan pelajar, kakitangan dan kemudian baharu pengurusan," katanya.

Mengenai bayaran pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk Kuin di Kuala Ketil, beliau berkata, jumlah itu terlalu membebankan rakyat kerana wang kerajaan negeri adalah wang rakyat.

p/s: Kesian kat MB Kedah yang baru, terpaksa nak uruskan masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan sebelum ni

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...