#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday, 8 May 2013

Kekecohan Dan Huru-Hara Memang Dirancang


Kuala Lumpur: Insiden kekecohan kononnya wujud ketidaktelusan dalam proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelmarin, sudah dirancang pihak tertentu daripada penyokong parti politik yang bertanding untuk mencipta huru-hara di seluruh negara. 

Antara isu tidak benar yang ditimbulkan mereka di luar tempat mengundi ialah mengesan pengundi mirip wajah warga asing seperti Bangladesh atau Myanmar sebelum cuba mengganggu serta melarang mereka mengundi. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya sudah mendapat maklumat berhubung perkara itu hasil risikan awal Cawangan Khas Bukit Aman, sebelum berulang kali memberi amaran tegas untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menimbulkan provokasi.

“Pada hari pengundian, kuasa undang-undang seolah-olah berada di bawah mereka apabila mereka bukan saja menuduh wujudnya pengundi hantu (warga asing), malah mereka menangkap individu tertentu, memukul dan sesuka hati menangkap pengundi yang juga rakyat negara ini.

“Saya hairan bagaimana mereka boleh mengambil tindakan sendiri sewenang-wenangnya hingga menidakkan kuasa polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengawasi perjalanan PRU-13,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Khalid berkata, perkara seperti itu akan menimbulkan rasa curiga rakyat terhadap PRU-13 sedangkan hakikatnya tidak wujud sebarang unsur penipuan sepanjang proses pengundian.

Beliau merujuk dua kejadian berasingan di Rawang dan Cheras apabila empat lelaki tempatan mirip wajah warga asing ditahan dan dipukul dengan kad pengenalan dirampas bagi menggagalkan mereka mengundi.

Dalam kejadian di utara tanah air pula, tiga lelaki berbangsa India ditahan dan dipaksa menyanyikan lagu Negaraku di khalayak ramai kerana disangkakan pengundi warga asing.

“Cuba kita fikirkan apa keadilan yang mereka dapat selepas dihukum dan ditangkap secara salah oleh pihak tidak bertanggungjawab. Mereka seharusnya laporkan segera kepada polis seperti ditegaskan sebelum ini,” katanya.

Khalid berkata, polis bagaimanapun sudah mengenal pasti dalang kejadian terbabit dan mereka akan ditahan dalam masa terdekat mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Kanun Keseksaan.

Mengulas rancangan sebuah parti politik yang ingin menganjurkan perhimpunan Silent Walk iaitu berjalan dan berkumpul di beberapa pusat beli-belah seluruh negara dengan berpakaian hitam serta menutup mulut menggunakan pita pelekat, Khalid berkata, ia hak masing-masing sebagai rakyat Malaysia.

“Negara ini negara demokrasi. Lakukanlah apa yang difikirkan baik asalkan tidak menyalahi undang-undang. Jangan sampai mengganggu ketenteraman awam atau mengakibatkan kesesakan jalan raya,” katanya.

p/s: Selagi Pakatan tak menang, selagi itu pilihanraya dikatakan tidak adil.. Jadi, kemenangan di Gelang Patah, Lembah Pantai dan Permatang Pauh adalah contoh pilihanraya yang tidak adil?

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...