YAB Datuk Paduka Haji Mukhriz Tun Mahathir (Menteri Besar Kedah)
Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan dan Syarikat Milik Kerajaan Negeri
YB Dato' Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi
YB Datuk Tajul Urus Mat Zain
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya
YB Datuk Suraya Yaacob
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan
YB Datuk Mohd Tajudin Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan
YB Haji Mohd Rawi Abd. Hamid
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan
YB Datuk Dr Leong Yong Kong
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan
YB Haji Badrul Hisham Hashim
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan
YB Aminuddin Omar
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Keseniaan, Kebudayaan dan Warisan, Badan-Badan Bukan Kerajaan
YB Norsabrina Mohd Noor
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi
Assalamualaikum!!!!! Saya ingin bertanya kpd Datuk Badrul Hishan adakah benar seperti di perkatakan di dlm my news hub kerajaan kedah akan menganti balik tanah rezab kerajaan yg di ambil untuk satu satu projek kerajaan. Kerana bagi mentaati wasiat RAJA RAJA MELAYU 1957?Kalau betul bagai dikata bagus kerajaan BN berjiwa raayat, raayat di dahulu kan sepertimana seranan PM kita.Bersabit tanah rezab ini juga telah dibawa ke mesyuarat Agong BN tahun lepas di bawa olih perwakilan UNMO.saya difahamkan Tgganu kita,dan Perak telah melaksana kannya, seperti Datuk kata ambil 100 ganti balik 105 ekar.Saya adalah penduduk asal sematang pinang kuala kedah, saya merupakan genarasi yg ketiga, ke empat n kelima.Genarasi kami yg mendudukan kawasan tersebut sejak sebelum jepun dtg ke malaya lagi, Datuk nenek nenek kami telah meneroka tanah kerajaan untuk di jadikan sawah padi. Kami telah di beri geran pada tahun 1959 pada masa itu tali air belum di bina olih kerajaan lagi.Sawah padi tidak dapat di usahakan kerana di naiki air masin kami hidup dg hasil tangkapan sungai dan kelaut.dan juga kami menebang kayu perapi untuk dijual di kuala kedah.Selepas tahun 1960 barulah kerajaan kedah membina tali air untuk menahan air masim dan bermula sedikit demi sedikit tanah yg kersang itu dapat di jadi sawah padi seperti sekarang ini.Pada mula kerajaan hendak membina taliair di atas tanah rezab kerajaan di hadapan tanah kita ditepi sungai kedah. Entah apa masaalahnya kerajaan menukar membuat taliair di atas tanah kami yg bergeran dg tidak membayar pampasan sekepiang pun kpd tuan tanah bergeran. Pada mula kami tidak setuju tetapi setelah di beri penerangan dan janji olih pegawai pejabat tanah hingga ke hari ini sya masih ingat nama dia di panggil cik mat SO.janji nya tanah akan di ganti dg tanah iaitu pejabat tanah akan menberi tanah rezab di hujung tanah kami tempat rancangan plan A DI MANA LETAK TAPAK RUMAH KAMI sebagai ganti tanah yg di ambil olih pejabat tanah. Semua org kampong bersetuju dan sain perjanjian dg pejabat tanah, untuk makluman Datuk org kampong pada masa tu mana tau baca n menulis termasuk bapa saya.Tetapi setelah siap projek itu janji yg di janji kan olih pejabat tanah tak kunjung tiba hingga kehari ini.setelah ibu bapa kami dah meninggal semuanya kami menuntut hak kami seperti di janji olih pejabat tanah. Kami di suruh memohon dg mengisi borang dan setelah borang di serah, kami di kena kan bayar rm50/-permohonan kami tidak di luluskan dengan di beri berbagai alasan yg tak munasabah.kami memohon beberapa kali tetapi malang nya kami gagal juga, di beri berbagai bagai alasan. Datuk kami telah menduduki dikawasan tersebut sejak kawasan tersebut hutan belentara lagi kami tepaksa menempuh berbagai bagai kesusahandan mara bahaya demi kemiskinan kami terpaksa hadapi nya dg sabar n tawakal, dah kami majukan seperti sekarang ini, duk tak duk tanah tersebut nak di serahkan kpd PKNK? Kami tak kesah tetapi kerajaan melalui pejabat tanah hendak membayar pampasan harga tanah yg di ambil mengikut harga semasa atau ganti tanah kami yg di ambil seperti di janji kan dahulu seperti Datuk kata tanah rezab kerajaan yg di ambil mesti di ganti.Saya berharap DAatuk dapat menolong kami di dalam menyelesaikan kemolut ini.Apa sebab pejabat tanah bertindak sedemikian saya rasa pejabat tanah mempunyai muslihat yg tersembunyi dan menzalimi org kg sematang dah duduk di situ sudah berakar umbi.Datuk jangan kerana tindakan pejabat tanah memberi tanah tersebut kpd PKNK org kg dan raayat jelata akan menuduh uUNMO BN mezalimi raayat n maha firaum!!!!Saya berharap Datuk dapat menyelesaikan kemelut ini seperti mana janji janji Datuk seperti tersiar di dlm dada dada akbar, sekian terima kasih. Hj ZainolAbidin bin Haji Ariffin.WAsallam Amin!!!!!!!!!!
ReplyDelete