#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday 15 June 2014

Syiah: Gerakan Halus Menerusi Agensi Pelancongan


GURUN - Bekas jemaah yang pernah mengikuti pakej umrah dan ziarah sebuah agensi pelancongan di negeri ini mengakui agensi tersebut menyebarkan fahaman Syiah.

Difahamkan, penyebaran fahaman itu dilakukan semasa slot kursus umrah yang dijalankan agensi berkenaan.



Siti Khatijah (bukan nama sebenar), 45, berkata, penyebaran fahaman itu dibuat tanpa berselindung sambil mengagung-agungkan Saidina Ali.

“Amalan umrah mereka sama saja seperti Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Yang membezakan kita hanyalah niat mereka.

“Saya tidak ingat bagaimana niat umrah itu, tetapi sebutannya memang pelik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, setiap doa yang dibacakan juga sering menyebut nama Saidina Ali.

“Sejak awal lagi saya sudah meragui amalan itu. Sehinggalah saya merujuk beberapa buku umrah lain dan memang ia berbeza, terutama pada niat,” katanya.

Risalah pakej umrah agensi berkenaan yang tersebar meluas di negeri ini.
Risalah pakej umrah yang tersebar

Jelasnya, pakej umrah yang ditawarkan agensi berkenaan juga boleh didapati sekitar RM3,000 hingga RM5,000 mengikut tempoh penginapan.

“Harga yang ditawarkan mereka memang murah berbanding agensi pelancongan lain. Kita boleh pilih pakej yang kita mahu mengikut bajet masing-masing.

“Tawaran harga ini sudah tentu menarik perhatian orang ramai, apatah lagi apabila mereka turut memberikan potongan harga sehingga RM700 bagi kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi bekas jemaah umrah yang pernah menyertai agensi berkenaan turut mengakui berlakunya penyebaran tersebut secara terbuka.

Shamsul Hairi (bukan nama sebenar), 50, berkata, agensi berkenaan bijak memancing mangsa dengan menjanjikan perkhidmatan yang terbaik.

“Semasa di Makkah dan Madinah, mereka telah menyediakan tempat penginapan yang agak mewah kepada semua jemaah umrah yang mengikuti pakej tersebut.

“Saya dimaklumkan, tempat penginapan itu juga adalah milik seorang pengikut fahaman Syiah yang berasal dari Iran,” katanya.

Jelasnya, pakej umrah serendah RM3,800 itu adalah merangkumi tiket pergi dan balik kelas ekonomi, cukai, penginapan, makan dan minum, ziarah di Makkah dan Madinah, visa umrah, kursus bimbangan serta beberapa cenderamata.

“Agensi pelancongan ini memang terkenal di negara kita. Pada logo agensi berkenaan terdapat beberapa simbol bagi menggambarkan akidah mereka kepada 12 imam berdasarkan fahaman Syiah,” katanya.

Difahamkan juga, agensi pelancongan itu turut mempunyai wakil di 45 daerah seluruh negara, termasuk di Kangar, Bukit Kayu Hitam, Kodiang dan Kepala Batas, Pulau Pinang.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia dan Islam Malaysia (Abim) Cawangan Kedah, Abdullah Din menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam pemilihan pakej umrah.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, sebuah agensi pelancongan beroperasi di Kedah yang menawarkan pakej umrah dan ziarah dipercayai turut menyebarkan fahaman Syiah.

Menurut laporan itu, agensi yang turut popular di Johor, Sabah dan Sarawak ini juga menyebarkan beberapa risalah dan buku panduan umrah versi Syiah kepada pelanggannya.

Lebih membimbangkan apabila buku panduan itu dipercayai bercanggah dengan amalan serta rukun umrah yang sebenar mengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah. -Sinar Harian.


Tok Kenari: Enakmen Syariah yang baru dah dikuatkuasakan, malah Majlis Fatwa Kebangsaan dan banyak majlis agama Islam negeri lain dah menyatakan Ajaran Syiah ini haram, maka pihak yang berkuasa bolehlah mula buat kerja. Elakkan perkara ini dari merebak. Lagi sedih bila negeri Kedah dikaitkan dengan Syiah. Jadi, apa lagi cara halus Syiah untuk menguasai negara ini? KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...